CHERITERA KAMI...: Serius sedap redvelvet cake ni

Dec 20, 2013

Serius sedap redvelvet cake ni


Ann memang jarang makan Redvelvet(RV) cake ni. Rasanya susah nak jumpa yang betul-betul sedap dan kene ngan tekak. Ada yang buat kering, ada tu macam xberapa..Wah..kemain komen, nak sedap buat sendiri la Ann;p

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lepas Ann pergi cuci-cuci mata kat JJ Wangsa Maju.Turun je eskelator ke Ground Floor tu ada nampak orang jual cupcake dan kek. Ada cheese meleleh jugak.Ntah camne terbeli lak RV cakenya.

Ni la rupenya RV cake tersebut. RM20.Rasa??Serius SEDAP!!Ann sorang je makan hampir 3/4.Tak terlalu lembap dan tak kering cakenye.Just nice!

Kebetulan cik B balik, Ann suruh la dia rasa. Mula-mula taknak konon, sekali..lajuuu je licin. Dia cakap kenapa tinggalkan sikit je untuk dia.Kui3.Dia p cari balik kat JJ Wangsa Maju tu dah xde kedainye. Kecewa we olls.

Mungkin dah rezeki kami, masa pergi Big Bad Wolf kan Ann lepak floor atas yang ada jual2 tu, terjumpa semula booth yang jual RV dulu tu.Apa lagi terus beli. Dia cakap yg kat JJ Wangsa Maju tu kejap je 3hari. Siap ambil name card lagi, senang dah tau mana nak cari dah pasni. Yang kali ni cik b yang melantak kaw2 punye.

Ni la rupe booth yang Ann beli kat JJ Wangsa Maju tu. 

Macam-macam la diorang ni buat.

Choc Moist Cake..aaaa..yummynye tengok choc tu

Cupcake diorang comel2 belaka.

Rainbow cake

Nak tempah kek untuk hantaran ke kawin, tunang ...Macam-macam la ada..

Boleh tengok facebook diorang ATCupcakes Bakeri. AT Cupcakes ni takde kedai, base di rumah kat Setapak.Anything boleh call En.Razak 017-436 3082.Diorang rajin jugak bukak booth.Boleh tengok facebook mereka untuk tahu kat mana. Boleh la terjah dan try beli nanti.

2 comments:

~~AzaLea~~ said...

hohohoho.. sy peminat RV.. tp suke yg moise.. kdg2 dapat yg kering.. tak best.. huhuhu..

Ann@zanyra said...

Azalea : kan..Ann pn suke yg moist..baru rasa sedap tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah