CHERITERA KAMI...: Sabah : Shopping time , Pasar Kraftangan @ Pasar Filipino

Dec 13, 2013

Sabah : Shopping time , Pasar Kraftangan @ Pasar Filipino


Lepas berisland hopping, agenda diteruskan ke shopping pulak. Susah jugak mencari parking kat area town ni. Last-last kami parking bersebelahan pasar jual kerepek , makanan kudap2an. Masuk-masuk je dalam pasar kraftangan ni terus rambang mata. Dengan souvenirnye, tshirt, gelang mutiara, brooch. Konon tak nak shopping sangat;p

Pasar yang menjual segala macam kerepek, kuih traditional, kudapan. Tapi kami hanya lalu je, macam nak beli tapi tak beli pun.Heheh

Bagus servis akak ni.Layan je N tanya itu ini. Pastu kalau yg tak elok  dia cakap. Kalau die tipu tu, memang N tertipu la sama kan.Ngeh3

Untuk anak-anak buah kami decide nak belikan tshirt je. Kedai sebelah akak yg dalam gamabr atas ni ade jual tshirt jugak.Range harga RM23-RM25 sehelai. Dah mintak kurang siap buat kira2 depan dia, dia cakap tak boleh sebab kualiti tshirt katenye. Terima kasih pada adik tu sebab inform kami 1 kedai hujung dalam pasar ni yang jual tshirt murah.Bagus kan?;)

 Tengok..giliran orang tu pulak beria shopping. Cantik2 jugak design die. Gtau je orang kedai tu nak baju nombor berapa & size ape, nnti diorang carikan. Sepanjang kami kt kedai ni memang ramai je la orang.Mostly beli berhelai2. Sehelai boleh dapat dalam RM14-RM16.So, siapa2 yang mencari tshirt boleh pergi kedai akak ni eh.

Agak sempit boleh berlaga-laga badan dalam ni. Pergi time tak ramai orang, sedap la nak memilih. Dekat kotak yang diorang jual barang mutiara tu macam gelang, brooch, cincin ke rantai harga yang display memang mahal cecah ratus-ratus tapi bila tanya harga boleh dapat RM20 atau kalau pandai tawar dapat kurang lagi. Terkejut jugak memula tengok gelang sampai RM280 camtu kan. Harga untuk pelancong luar la ni.Pandai business yea.

Bahagian luar pasar. Hati-hati kat luar ni ramai peminta sedekah.Sebaik kawan dah pesan,kalau ada yang datang jangan layan. Bukan sombong atau kedekut tapi katenye diorang ni in group. bagi seorang, nnti geng2 die datang lagi. Pernah kali kedua kami singgah sini sebelum flight balik Kl, ada seorang budak ni minta sedekah. Kita senyum2 gitu je la kan.Dia ikut pastue cakap kita sombong.Huuhuhuh.

Hasil shopping 2 kali pergi pasar tu.Kawan yang di sana cakap best shopping kat Pasar Sinsuran atau kampung air tapi tuela setiap malam hujan je.Pada N still harga dia berpatutan kat sini.FM tu ade 2 jenis - 7 RM10 dan 4 RM10.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah