CHERITERA KAMI...: Sabah : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu @ Masjid Likas

Dec 6, 2013

Sabah : Masjid Bandaraya Kota Kinabalu @ Masjid Likas


Masa otw dari Nexus Resort & Spa, Karambunai nak ke Horizon Hotel, kami singgah sekejap di Masjid terapung atau Majis Likas atau City Mosque. Masjid ni dah perasan masa otw nak ke Kundasang haritu. So, macam dah tau la mane direction die. Ada la beberapa group orang luar yg datang. Comel je tengok diorang pakai tudung dengan jubah.

Dibina di atas  tanah berkeluasan 2.47 ekar di teluk Likas, masjid ini bercirikan kontemporari Islam.Terletak berhampiran laut, ciri-cirinya menghampiri Majis Nabawi di Madinah.

Masjid ini mempunyai dewan solat yang menempatkan 3 madrasah yang dapat menampung 9,000 hingga 12,000 jemaah pada satu masa. Masjid ini terletak 3km dari Kota Kinabalu lebih krg 10-15minit perjalanan.

Salah satu masjid yang paling indah di Malaysia . Lagun buatan manusia ini memberikan pandangan yang tenang dan cantik lebih-lebih lagi pada malam bulan purnama. Jadinya, silalah berkunjung di waktu malam untuk lihat sendiri keindahan tersebut:)

Dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat. Jom tengok dalam masjid pula.

Ruang solat lelaki


Ruang solat yang bersih, besar. Memang tak bercarpet.

Dalam kawasan masjid ini, ada deretan kedai makan dan juga pakaian. Memang sedang elok la sebab kami pun nak cari tempat makan untuk lunch.

Nasi goreng seafood bentuk piramid. Unik kan???Rasanya?Boleh tahan. 

Jangan risau kalau tak tahu nak cari tempat makan kat mana boleh je singgah di masjid ini dan pilih saja kedai-kedai makanan yang ada. Dijamin!:)

Segala info yang Ann kongsikan tadi adalah dari web Sabah Tourism

6 comments:

CIKU said...

uit cantiknya interiornya..terasa nak g tgk kalau dapat ke sabah lagi.

Ann@zanyra said...

CIKU : cantik..klu dpt mlm lyn view mlm pn cm cantik je lagi..hihih..

Myra Jay said...

Luas dan nampak selesa dalam amsjid.

Bentuk nasi memang unik ;)

Ann@zanyra said...

Myra Jay :
tu yg beribu jemaah boleh muat.

tuelanye..nasi piramid:)

isa said...

Salam.. sis... sy bln dpn bwk family berjalan.. kebetulan zohor di masjid ni.. nk tnye yg sis launch nasi goreng mcm dlm gambar ni.. kt area mane ye sis? huhu..

Ann said...

isa : Wsalam..kedai ni dlm kawasan masjid je tuan..ade kedai mkn di situ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah