CHERITERA KAMI...: Sabah : Island Hopping

Dec 12, 2013

Sabah : Island Hopping


Kalau pergi ke Kota Kinabalu memang tak sah la kan tak pergi Island Hopping ni.N buat study jugak pasal ni baca review mana pulau yang best itu ini antara Pulau Manukan, Pulau Sapi & Pulau Mamutik. N target nak pergi satu pulau je sebab tak nak penatkan diri nak turun naik bot nak pergi semua pulau tu yang lebih kurang sama je pantainye dan nak jimat masa.

Akhirnya kami pilih untuk ke Pulau Manukan sahaja. Dari review yang N dari dari blog-blog, mostly cakap Manukan lagi fofular, redup(penting) dan boleh nampak ikan tak sampai berenang jauh-jauh. Ha..nampak tak modus operandi kami disitu.

So, awal pagi on 2nd day at Kota Kinabalu actually awal pun dalam kul8lebih jugak masa tu dah sampai di Jesselton Point. Parking RM5 per entry.

Nampak kan banyaknye teksi, jadi jangan risau kalau yang nak datang sini dengan teksi. Ni pakai serba hitam dah get ready nanti terus terjun je dalam laut;p

Masa sampai langit masih cerah lagi. Orang pun belum ramai sangat.

Bahagian dalam terminal dan kaunter tiket. Nak beli pelampung, topi, beg, souvenir semua ada di sini. Jangan lupa bekal untuk makan2 kat pulau jugak yea nanti lapar.

Dari banyak kaunter yang ada, kami pilih kaunter No.5. Kenapa?N follow review2 anda la.Hahaha. Malas nak survey, mostly review cakap kat sini antara yang murah pakejnye. RM30 seorang termasuk sewa safety jacket. Kalau ada yang jumpa murah lagi, share la yea:)

Keluar je dari beli tiket, nampak langit dah mendung berarak kelabu. Sob3...

Sempat lagi sebelum hujan turun. Berlari-lari semua cari tempat berlindung. 

Mengharap dan berdoa hujan sekejap je.

Sementara tunggu hujan reda. Macam-macam ragam kat sini. Jangan risau kalau kita terlepas bot ke ape sebab orang kaunter tu akan call bagitahu. Macam haritu sepatutnye N punye bot pukul 9am dan balik pukul 12pm tapi sebab hujan kan dia call tanya bot lambat nak tunggu ke pukul 10am baru boleh naik tapi balik pukul 1pm, boleh?boleh kan aje lagipun takde rush janji pergi kan.Hehhe

Alhamdulillah before 10am tu hujan dah reda. kat situ ramai staff yang jaga, tanya je kalau tak sure.Jom kte ke Pulau Manukan!

Selamat datang ke Pulau Manukan..Excited tengok air laut hijau biru jernih ni.

Pandangan sebelah kiri jeti Manukan. Belah sini takde orang pun mula-mula. Nampak macam lagi bersih kat sini. Dah nak balik terfikir nape tak mandi kt sini eh.Huhuh.

Bayar RM3 seorang fee entrance. Simpan tiket tu sebab kita boleh guna untuk pulau yang lain juga.

Rasanya yang awal ni group kul 8am kot dan mungkin juga yang stay kt chalet pulau. Sebaik dapat tempat duduk letak barang dan teduh.Kan betul memang teduh tempatnye.

Pekerja baru nak bersihkan pantai. Belakang kami tu chalet di Pulau Manukan. Bende alah yang cik B pakai tu sewa RM10 kat abang drebar bot. Sewa 1 je share2 jimat. Bukan pakai sangat pun;p

Jom mandiiiii!!!Ni gambar last di laut sebab bila dah basah memasing malas nak pegang kamera amik gambar. Tak berapa syok la air die, kotor dah la baru lepas hujan lagi la kan daun-daun ranting-ranting pokok tu banyak. Cik b yang mengutip segala bagai tu. So, kami takdela mandi sakan.Rendam-rendam pastue cari ikan. Jenuh cari last2 baru jumpa.oi..Mandi dengan ikan, rasa macam ikan duyung lak.

Kul1 dah standby tunggu bot datang ambil. Kalau ada rezeki datang lagi, nak pergi Pulau Sapi lak;)

Till we meet again Jesselton. 

3 comments:

~~AzaLea~~ said...

waaaahhh pulau manukan.. bestlah pulau tu.. cantik.. deejavu sungguh.. huhuhu... Kalau ade rezeki Ann, cuba kita try ke Mabul Island plak.. org kata sana lagi cantik..

Doa2lah rezeki kita berdua murah yer Ann..:)

Ann@zanyra said...

Azalea : Mabul ade jugak rs nak pergi..air sane lg lawa kan..insyaAllah ade rezeki lbh nnti

amin...mudah2an ade rezeki kita:)

PISMP PAI JUN 2015 said...

rm 30 tu pergi untuk satu pulau sahaja kew

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah