CHERITERA KAMI...: Restoran Adam Lai Wangsa Melawati

Dec 18, 2013

Restoran Adam Lai Wangsa Melawati

Lepas tengok Papadom 2, terus pergi makan di Restoran Adam Lai Wangsa Melawati.Asalnya tak tahu pun ada cawangan kat sini, abang Ann yg cakap.Disebabkan kunjungan kali pertama kami di Shah Alam dulu tak mengecewakan, sudah tentu la ktorg setuju aje.

Adam Lai Wangsa Melawati..Restoran Cina Muslim

Kalau dari jalan biasa, memang tak kan perasan restoran ni sebab terletak lot kedai yg belakang mengadap kawasan perumahan.Parking kereta senang.

Memang sentiasa ada pelanggan keluar masuk walaupun restoran ini baru dirasmikan pada Oktober 2013.Maksudnye memang bagus dan sedap la kan servis dan makanannye.

Menu pilihan - air sirap 3jug, nasi 2 bekas, sayur 2 set, tomyam seafood 2, ketam 1, adam lai chicken 2 , daging, telur dadar 2, nasi goreng cina 1, nasi goreng ayam 3.

Menu ade pilihan size small, medium atau large. Harga ikut size. Kalau tanya exactly name menu haritu memang Ann tak ingat kecuali adam la chicken tu. Yang lain belit2 juga nak menyebut. But, kesemuanye sedap!Laju je makan semua dan yang penting licin. Total RM289 untuk 16orang.Ok kan??Terima kasih mak belanja anak menantu cucu.Hehhe

Pada yang suka dan mencari restoran cina muslim yang sedap, sila lah cuba di sini..Sesuai juga untuk sebarang majlis. Ada 3 cawangan - Shah Alam , Wangsa Melawati & Prima Gombak.

Info lanjut boleh tengok di SINI dan SINI.

2 comments:

~~AzaLea~~ said...

MIL & FIL sy teringin nak makan restoren chinese muslim.. byk kali dh ajak, tapi diaorg tu asyik bz..huhuhu..


kalau kat area cni, kami suke makan kat haji sharin low.. servis n rasa makanan kat sini tak sama mcm kat cawangan sharin low yg lain.. :)

Ann@zanyra said...

Azalea : oo..Ann pun mcm ade terbaca psl restoran tu..xtry lg,bole la cuba nnti..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah