CHERITERA KAMI...: Sabah : Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa

Nov 11, 2013

Sabah : Mount Kinabalu Heritage Resort & Spa


Bagi N setiap kali pergi bercuti tempat untuk menginap mesti di utamakan lagi2 kalau travel jauh. Badan penat, mesti la kene nak rehatkan badan dengan mood yang baik di tempat yang selesa dan cantik. N tau pasal hotel ni dari cerita Dejavu di Kinabalu. Kalau ada yg perasaan scene diorang tengok Mount Kinabalu tu cantik sangat di sebalik pokok2 kan. Of course la bile kte stay di Kundasang, kita mesti cari resort or hotel yang boleh view Mount Kinabalu. Kan??

Kebetulan masa pergi Matta Fair bulan 3 haritu, hotel ni ade promo Superior room RM200 per night include breakfast dan yang best boleh upgrade ke chalet room. Chalet room tu kalau tengok internet price dalam RM300 jugak. So, dah jimat kan situ. Terus grab promo.Reservation pun dah buat terus. Settle!

Dah nak dekat tarikh fly, N keep google review tentang hotel ni. Jumpa la blog yang suggest request chalet room 13/ 14 untuk dalam view Mount Kinabalu yang superb. Agak tak bernasib baik dah ada yang request dl chalet no. tu. Xpela. Kitarog pun sampai hotel dah malam. Sebaik jugak diorang xbg sebab jenuh nak naik tangga ke atas tu. Hotel ni atas bukit tau.

Chalet room No.4. Masuk2 nampak 2 single bed mood dah xbest dah. sbaik stay kejap je dan katil tu boleh rapatkan. Selesai masalah.Heheh..

Simple room, tv, kettle,immensities, almari just gantung macam dlm gambar tu. iron by request. Yang penting, water heater die berfungsi. Chalet ni ada connecting door. Sorry, gambar dalam tak ambil pulak.

Oh, xde econ mahupun kipas macam pergi cameron la. Awal2 tu macam tak rasa sejuk sangat. tapi N dah standby pakai stokin siap2. Pagi tu pukul 4lebih gigih bangun nak view Mount punye pasal. Pijak lantai dah la kayu. giler sejuk. Sbaik pakai stokin. Sbaik ada water heater.Ngee...

View depan bilik kami. 

       Kalau takde pokok pine depan tu terus nampak Mount Kinabalu. Kalau la hari2 dapat fresh air camni:)

Zoom out. Yang pintu terbuka tu Chalet No.4



Ini view depan chalet No. 13 & 14. Duduk je depan chalet , hayati pemandangan ini sepuasnya.

Next entry masih di sini;)

4 comments:

~Beb~ said...

Cantik ok! Jeles nyeeee. Bile laaa nk p nih.. Sambungan cite pls..

Ann@zanyra said...

Beb : kannn..sila pergi dgn omel2 tu yea..tunggu next entry..ngeee:)

dee said...

Salam...

Cantiknye gambar..sayang terpakse burn tiket dec ni ke KK sebab bdn dah nak meletop end of nov ni..huhu..plan last yer beli tiket murah ke KK terpakse di batalkan..xpe, next time ade lagi..heheh..mesti tgk blog ni if ade plan nk ke KK nnt...

btw, salam perkenalan/:)

Ann@zanyra said...

dee: wsalam

thanks..xpe, nnti boleh pergi dengan baby lak..

thanks sudi singgah n follow kami.salam perkenalan:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah