CHERITERA KAMI...: Sabah : Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau

Nov 20, 2013

Sabah : Desa Cattle Dairy Farm, Mesilau


Tempat WAJIB pergi di Kundasang. Kalau tak pergi ni kira tak complete la cuti2 di Kundasang anda.Hehhe. Disebabkan kami kat Kundasang pun kejap je N memang dah cakap awal2 kat cik b, ape2pun 'Newzealand' ni kita kene pergi jugak. Jenuh N study direction nk ke sini sebab rata-rata yang review cakap jalan nak ke sini mencabar dan agak teruk.

N assume slalonye tempat yg menjadi attraction ni mesti banyak signboard nnti so tak yah la risau kan.Tapi tapi tapiii jangkaan ku meleset skali. Kene la tanya orang2 situ. Rupenya tempat ni berdekatan dengan Pekan Kundasang. Dekat x dekat dalam 30minit juga la dari pekan tu.

So, lepas dari Kinabalu Park kami patah balik ke Pekan Kundasang. Otw nak ke sini akan jumpa War Memorial sebelah kanan. N tak singgah pun.Heheh.Teruskan perjalanan anda. Jangan risau salah jalan sebab anda berada di jalan yang betul. Nikmati pemandangan perkampungan dan masyarakat di sana.

Di bulatan Pekan Kundasang. Sila menghala ke kanan itu untuk ke Desa Cattle farm yea;)

Dah nak sampai, baru la jumpa signboardnye itu pun comel je.Sabar je la. Cik B siap cakap lagi, buat ape la nak pergi sini. Macam la tak pernah nak tengok lembu. N cakap lembu kat sini lain, ni versi hitam putih ok. Kate Newzealand kan.Sekali bila dah sampai, cik B yang excited!Haa..kann..

Pemandangan dari main entrance farm ni. RM4 per person.

Masa N sampai around 12pm camtu. Memang saja tak nak datang time diorg proses lembu pukul3pm sebab kita N amik gambar lembu2 ni tengah padang camni. Kalau dah semua pergi perah susu, tak fefeeling Newzealand la kan. Lagipun tak boleh nak gerak lambat sgt dari sini sebab ada next destination lagi..Ngee...

Ini port mesti punye. Suke!!

Tempat proses susu, kedai, pejabat semua dalam ni.

Sebelum explore tempat ni, kita minum dulu.Sedappppp ok susu tu perisa coklat.Susu coklat je la pun N boleh telan.Fresh!

Icecream coklat ni pun sedap!Sambil lepak2 depan bangunan ni minum dan makan icecream dan menikmati pemandangan gunung kinabalu.Awesome! N suggestkan diorg buat open cafe mesti lagi best:)

Jom kita jalan-jalan

Kandang anak lembu dan kambing. Boleh bagi makan rumput dan susu pada mereka tapi mesti la kene bayar. Kita tengok je la yea.

Jinak semacam je kambing ni. Tue yang takut2 nak pegang sat gi die jilat2 pulak.Ngaaaa;p





Pemandangan dari bawah. Kanan tu ialah kuarters pekerja. Oh, kat sini juga merupakan laluan utk pendaki yang ingin naik melalui Mesilau track.

Elok pulak lembu2 tu dok tepi2 tu kan. Newzealand sgt x?Heheh.SubhanaAllah...walaupun cuaca terik tapi berangin dan nyaman sangat.

Bye bye Newzealand. Sayang betul nak tinggal tempat ni. Awesome view!!

Boleh tengok any update and info di FB Desa Cattle Dairy Farm Mesilau.

6 comments:

Puan Ninie said...

bestttttttttttttnyer :)

~~AzaLea~~ said...

Hai Ann..

Bestkan gi "New Zealand" Malaysia ni.. hehehe

Rezeki Ann dapat cuaca cantik.. masa sy gi dulu lepas ujan.. so berkabus.. xnampak gunung..

Ann@zanyra said...

Puan Ninie : besttttttt sgt!;)

Ann@zanyra said...

Azalea : hi Aza,

best sgt!alhamdulillah rezeki kami la cuaca elok je..kami smp KK baru la hjn..heheh..

Falsya said...

Tingin sangat nak smp sini..nak jugak feeling2 kat new zealand..heheh

Ann@zanyra said...

Falsya : kan..nk g New Zealand xtau bile..sini pun cukup dah..hehehhe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah