CHERITERA KAMI...: Tanjung Emas , Muar

Oct 18, 2013

Tanjung Emas , Muar

3bulan tak update blog, nak letak tajuk pun kene amik masa. Type type padam . Type balik padam close terus.Hahha. 

Hye korang...ada yang rindu kt kami ke??2 entry sebelum ni pos pendek2 je kan, lame sungguh tak cerita melalut kat sini. Hari-hari dah pasang niat nak update blog nak update blog tapiiiii....Sori pada yang ada bukak blog ni tapi takde cerita yang menarik. Ada yang rindu kat N x?Kiki.Banyak sangat nak di kongsi. EH..Sebelum terlupa..SALAM AIDILADHA semua!

                                                       ****************

Weekend baru ni N ke JB dan otw tu singgah di Muar. Memang tak pernah terpikir nak singgah sini, thanks to cik B sebab ajak. Sangat mengimbau kenangan di sini sebab tempat pertama N belajar duduk asrama dan berdikari.Tapi main pointnye, orang tu nak cari Mee Bandung Muar. Berulang-alik ktorg cari tempatnye, sbaik jumpa dan memang puas hati.

Bandar Maharani...11 tahun tak jejakkan kaki. Kereta dah banyak, dah makin maju la.

Ini la yang di cari..Medan Selera Tanjung Emas, Muar.

Direction nak ke sini just follow sign nak ke Dataran Tanjung Emas. Sila besarkan mata dan alert sebab signnye comel sahaja. Nak senang, GPS kan adooo;)

Eh..laju benau makcik tu jalan kan.haha.Lapo weh pusing2 mencari tempat ni. Terus pergi kat kedai yang ramai orang. Yang ramai tu mesti la sedap, yea dak??

Gerai No.9..Tengok la gambar2 tu , orang2 VIP datang dari tahun 1930 lagi resepi turun temurun ni.

Gerai No.8...Nak rasa jugak asam podeh Muo nak camne kan.Power ke x power. Tapi ada ikan je semua. Kalau dapat daging, terangkat jugak. Kat gerai ni ade asam pedas telur ikan sebab tu N pilih gerai ni. Gerai No.10 pun ada jugak asam pedas ramai jugak orang tapi takde telur ikan.Hehe.

Tada...Lunch kami - Mee Bandung Special & Asam pedas Ikan pari dan telur ikan beserta Lai chi kang dan ABC.Blrppp...Alhamdulillah.Sedap semuanye. Mee bandung tu tak rasa pekat dan kuat udang keringnye. Sesedap rasa. 

Kalau datang sini, singgah la ke gerai No.8, 9 dan 10 yea:)

Dan kenyang perut kita jalan-jalan amik angin excersice sikit kasi bakar lemak tepu tu.Kui3. Sebab berdepan dengan medan selera ni ada taman. Kebetulan cuaca pun cantik redup.

Itu ialah Sungai Muar

Itu ialah bandar Muar pandangan dari Dataran Tanjung Emas.

Singgah solat di masjid berdekatan - Masjid Jamek Sultan Ibrahim.

Unik senibina dia. Info dari google masjid ini siap didirikan sekitar tahun 1927M dan telah dirasmikan pada 1930M oleh Tengku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ketika itu menggantikan bangunan kayu yang dibina pada 1880an. Masjid ini menonjolkan gabungan pengaruh seni bina barat dan timur.

Tiang-tiang roman klasik

Tempat wudhu lelaki


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah