CHERITERA KAMI...: Taman Negara Tanjung Piai

Oct 23, 2013

Taman Negara Tanjung Piai

Tak sah kalau turun Jb tak g jalan-jalan kan. Ada je tempat nak pergi. nnti tak tau bile pulak ade kesempatan nak ke sane. So, kami decide nak ke Taman Negara Tanjung Piai. Masa study kt UTM dulu tak tau pun pasal tempat ni, tengok kawan upload gambar kt fb baru tahu kewujudannye. 

Tanjung Piai merupakan kawasan tarikan pelancongan di Malaysia kerana  terletak di bahagian paling selatan dalam benua Asia dalam mukim Kukup, daerah Pontian, Johor.(info dari Wikipedia)

Dari Jb ke Tanjung Piai makan masa hampir 2jam. Mengharapkan hari tak hujan dan cuaca elok. Alhamdulillah. Tiket masuk RM5 seorang. Sebelum masuk tu hati-hati dengan sebarang makanan yang dibawa sebab cik monyet sedang memerhati. Kang tak pasal2 ada kene sambar.Beware jugak untuk anak2 kecil yeah.

Kawasan parking yang luas. Banyak lagi kenderaan masa kami sampai pukul 4petang.

Kaunter tiket RM5 seorang

Sebelum masuk, jangan lupa ambil gambar dekat mercu tanda ini. Bentuk yang terukir pada mercu tanda itu ialah tumbuhan bernama Paku Piai yang banyak tumbuh di kawan bakau ini. Dari situ la datangnya nama Tanjung Piai.

Sila patuhi segala larangan dan peraturan yang ditetapkan. 

Siap bawak payung lagi takut hujan. Jom la kita mulakan perjalanan.

Anak-anak pokok bakau. Panjangkan akar pokok bakau ni. Slalu nampak yang dah tenggelam dalam air tu je.

Go Green!laluan pejalan kaki.Takde yang berlubang atau patah tapi still ke hati2 dalam pergerakan. yang bawa anak-anak kecil kene kawal betul2 silap langkah takut ade yang termasuk selut pulak sebab di awal2 laluan ni hanya tali sahaja sebagai pemegang.

Dah hampir2 penghujung baru la ada pemegang kayu. 

Ada certain kawasan dibuat pelantar untuk kita tengok dengan lebih dekat kawasan tersebut. Salah satunya macam kawasan siput berongan ni.Nampak tak siput yg berselut2 tepi tu??Banyakkkk!!Baby ketam pun ada.Tapi hati-hati jangan tersalah step masuk dalam selut pulak. Hahha.Nampak kan banyak benau hati-hati dalam ni.I is cuak ok.;p



Akhirnye nampak laut. Seronok lepak sini sebab berangin. Di sana tuela Singapore.Boleh lambai-lambai tangan yea.

Tapi tapi tapi ni belum penghujungnya lagi, ni pelantar untuk memancing. Moh kte ke tempat yang sebetulnya.

Lagi 87m

Tadaaa...tahniah!tahniah!anda telah berjaya sampai ke penghujung selatan asia.15minit jugak untuk sampai ke sini dari kaunter masuk.

Air tengah pasang tu yang sampai melimpah2 ke laluan pejalan kaki tu.Cuak jugak la..tapi sebab ramai je orang time ni.Lega bila dah sampai.;p

Ada lagi satu pelantar memancing tapi di tutup sebab laluannya roboh masih dalam pembaikan.Rugi la tak dapat pergi.Lawa jugak port situ.


Tahniah lagi sekali!!ada kawan cakap dulu siap dapat sijil lagi tapi sekarang xde dah.Mungkin sebab dah ramai kan.Mungkinnn...Apapun bangga la kat Malaysia ada tempat pelancongan macam ni. Sesiapa yang tak tahu nak jalan ke mana di Johor tu, boleh cuba datang ke sini Taman Negara Tanjung Piai. 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah