CHERITERA KAMI...: Family Day - Mangrove Tour Langkawi

Aug 2, 2013

Family Day - Mangrove Tour Langkawi


Pagi berada di atas, petang kita beraktiviti di bawah pulak. Actually, ada 2 option masa ni nak pergi Underwater World atau Mangrove Tour. Lepas disscuss and survey, majoriti nak mangrove tour. Pilihan yg tepat sebabnye bila lagi nak rasa naik bot kan?

Jangan ada yang confius Mangrove Tour and Island Hopping yea. Islang Hopiing yg pergi Tasik Dayang Bunting bagai yang banyaknye untuk yg nak bermandi manda la. Mangrove tour more to relax ckit, sightseeing tgk kehijauan alam. Sesuai untuk yg pergi ramai, ada kanak2 dan juga golongan veteran gitu.Heheh.

Lepas dah survey kat encik Google ni, N dapat harga best price sewa 1 bot untuk 17orang.Sebab ape 17?Sebab ayah N tak ikut, tinggal kat chalet nak rehat2 katenye. So, anak2 menantu cucu mak yg layan mangrove tour ni ha.

Bot kami naik di Tanjung Rhu. Ada 2 jeti untuk mangrove tour ni. 1 di Sungai Kilim , 1 lagi di sini Tanjung Rhu berdekatan dengan Hotel Four Season Tanjung Rhu.Haishhh..Mampu tengok mulut ternganga je la bila lalu depan hotel ni;p

Ni la jetinye. Sudah urusan bayar duit sewa. Bot pun dah tunggu, Moh la kita naik bot. Oh yea..N amik pakej 2jam. Tu yg paling minimum nak 4jam pun boleh terpulang masing2 yea.

Mostly ktorg semua 1st time nak naik bot ni. Perasaan cuak itu di cover dgn perasaan excited!!

Muat2 la untuk ktorg 17orang yg comel2 belaka ni tapi yg duduk dkt hujung skali mmg basah la..so, safety jaket itu mmg sgt berguna yea spy anda tidak basah lencun.

Fish farm - lokasi pertama persinggahan. Dalam 10minit dari jeti tadi. 

Pekerja2 di situ akan bawak kita tengok ikan2 dalam sangkar ni . Nak bagi makan ke nak pegang ke ikut suka hati masing2 la. Nak makan pun boleh, ada restoran bersebelahan dgn sangkar ni. 

Bila dah puas hati, dah abis pusing tengok ikan semua. Kita ke lokasi seterusnye. Yang ni jauh la dari fish feeding td. Merasa la sakit bontot duk dalam bot.Hahha.Boleh nampak sempadan thai. Boleh tengok pulau yg pelbagai bentuk. Alhamdulillah cuaca sangat baik.

Kilim Geoforest Park

Kawasan bot-bot layar parking. Yang nak jual pun ada, siapa berminat boleh cari di sini yea;p

Bot berhenti di kawasan ini untuk Eagle Feeding. Banyak rupenye eagle kat sini, ingatkan petang2 dah tak muncul. Campak je umpan ayam dalam sungai tu, kejap je eagle tu dah datang menyambar.

The Eagle

Nesxt lokasi - Gua Buaya. Disebabkan bot kami ni besar dan air sungai dan surut, jadinye kami tak boleh nak melepasi gua tu. Hanya sekerat jalan je, itupun abang drebar masuk reverse u all. Ha..naik bot masuk gua secara reverse. Gempak x?;p

Bagi bot-bot kecil tu boleh la lepas. Kami hanya mampu melihat tapi its ok. Dapat masuk gua setengah jalan pun dah satu pengalaman berharga:)

Ce cari mana buayanye..nampak x?nampak xxx kwn2???

Lastttt lokasi..Bermandi manda di Pantai Tanjung Rhu. Ok, for info kalau amik pakej 2jam ni. Ada 4lokasi dalam pakej. Septtnye Gua Kelawar termasuk tapi N request utk skip sbb xde sapa nak masuk gua tu dgn knk2 dan jugak mak. Jadinye, ganti la dgn mandi manda di Tanjung Rhu. Weeehuu..

Kitaorg tak mandi pun. Layan perasan je kat sini. Seronok tgk mereka mandi, dah la time ni ktorg je yg berhenti. Masa otw lalu awal tadi nampak jugak la 2 3 bot stop sini. Dalam setengah jam camtu, gerak blk ke jeti. masa tu dalam kul630ptg. Ngam2 2jam, lebih ckit la selamat sampai jeti.

Phewww..bestttttt!!!!

N bg link untuk siapa yg tengah mencari pakej mangrove tour yea. Klik Zila Mangrove Tour. Dalam tu ada di bg list pakej beserta no.hp zila. Senang berurusan dgn Zila ni. Msg je tny pakej bla bla bla, dapat best price then bayar deposit. Memang recommended la.

6 comments:

cha said...

wah mcm wajib pg je mangrove ni. dulu i pg island hoping je

~~AzaLea~~ said...

bestnya.. inshaAllah end of dis year akan ke sana.. TQ Ann.. byk info telah di kongsi..

Ann@zanyra said...

cha : wajib pergi..best sgt;)

Ann@zanyra said...

~~AzaLea~~ : best Aza..ur welcome dear:)

Anonymous said...

Just wish to say your article is as surprising. The clarity for your publish is just great and i could assume you're an expert in this
subject. Well with your permission let me to grab your RSS
feed to stay up to date with impending post. Thanks 1,000,000 and please continue the enjoyable work.


Here is my web site :: How to do belly dancing at home

Has Liana said...

$alam sesiapa nak ke Langkawi saya ada homestay btul2 tgh pekah kuah.. 3blik full aircond pantry n ruang tamu.. semalam rm250 2 mlm ke atas hanyalah rm220 sahaja.. selain itu saya juga mnyediakan mangrove tour 2 jam dgn hrga rm170 sahaja !!! island tour keta sewa pn ada hubungi sy na 0134569984 ana..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah