CHERITERA KAMI...: Family Day - Restoran Thai Town Kuah Langkawi

Jul 23, 2013

Family Day - Restoran Thai Town Kuah Langkawi


Hari pertama sampai, ikut pada itinerary yang N dah buat malam tu memang nak terjah Kuah, dinner & shopping. Tapi mane la nak tau kan kedai2 kat Kuah tu mostly tutup awal. Kami sampai aorund 8pm camtu lengangla. Kedai makan pun susah nak nampak.

Nasib baik la, ada downtown dekat dekat Bayview Hotel tu dan ada restoran seafood berdekatan. Antara shopping & makan, kami pilih isi perut dulu sebab masing2 kelaparan dari sampai petang tadi tak makan lagi sibuk berendam memasing kan.

Penuh jugak la restoran ni. nasib baik jugak ada space untuk kami 18orang:)



Order tomyam, ayam paprik, udang/sotong tepung, sayur kangkung, sup dan telur dadar. makin ramai2 memang seronok kan. Bersilang2 tangan memasing.


Budak-budak la paling seronok, siap cakap lagi.."Best kan kte g Langkawi ni"..Wahh..bunyi macam nak hari2 pergi je;p


Satu lauk ni je sempat amik gambar, ayam paprik. Lain semua selamat dingap.Lapar!!!

Overall, makanan die not bad la. Ada yg sedap ade yg middle rate. Harga total RM300++. Hahaha. N budget RM200++ lebih je.Maybe udang yg mahal di situ.Ktorg tak order ikan , kalau tak mesti lagi mahal kan.Hehehhe.

Still boleh nak recommend kan , servis pun bagus. Takdela lame sangat tunggu. Tempat pun strategik memang tengah2 Kuah tu.

Beroperasi dari 12tengahari - 11malam

Restoran Thai Town Seafood Kuah, Langkawi

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah