CHERITERA KAMI...: Family Day - Dawn Chalet & Homestay Langkawi

Jul 22, 2013

Family Day - Dawn Chalet & Homestay Langkawi


Susah jugak sebenarnya nak mencari chalet/homestay untuk 18orang a.k.a 5 keluarga ni. Mostly homestay plng banyak pun 3 bilik untuk 12-15orang camtu. Puas jugak mencari dari hotel hingga ke chalet dan homestay. Google punya google, jumpa la 1 blog ni Dawn Chalet & Homestay

Memang baru lagi dalam bulan 11 ke 12 tahun lepas baru bukak. Tengok macam menarik je, ada swimming pool lagi. Seronok la anak2 buah kan. Call akak Hartini tu, alhamdulillah dapat best price untuk 5 chalet for 2 nite. Purpose dekat family semua On. Weehuuuuu!Booking dan bayar deposit half, masa check in nnti bayar balance. Senang je. Kak Hartini pun baik , ape2 just call or msg beliau yea. Ada no, di blog tu;)


Terletak di Mukim Kedawang, 8 minit ke Pantai Cenang, 15minit ke Kuah, 25 minit ke Cable car and magrove tour, 10minit dari airport.

Cantik kan??Macam berada di rumah sendiri. Parking lot luas. Ada 10 chalet dan 1 homestay yg bsr depan tu:)

Reception area. Request nak bilik yang dekat ngn pool, senang nak terjun je. hehehe. 



Sampai2 je masing-masing tak sabar nak terjun..Memang favourite port diorg ni:)

Jom masuk tengok bilik

Flat screen tv, ada few channel, kettle, cawan, tea, dressing table, almari yg besar kt tepi tu.

Ni la main antara main factor jugak kenapa ambil chalet ni sebab ada 2 Queen bed dengan harga yang berbaloi. Sangat sesuai untuk 1 family 5 6 orang kan??Sebab N and husband 2 orang je, seronok la conquer weh.;p


Bathroom. Ada 2 shower. Tak guna pun yang hot shower tu, ada cakap airnye slow. 

View dari bilik

Pagi sampai malam boleh berendam. tu yang masing2 syok balik jalan je terjun.

View waktu malam. Tenang je.

Chalet ni tak provide breakfast. tapi jangan risau, ada je kedai2 kampung berdekatan yang jual breakfast. makan nasi lemak & roti canai, heaven kan??;)

N share kan jugak fb link Dawn Chalet & Homestay.


*** Jemput singgah page kami Ann'z Collection

2 comments:

CIKU said...

oo..baguslah sharing info ni..tq tq

pak shaidan homestay said...

Tq for sharing. Saya juga mempunyai homestay di langkawi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah