CHERITERA KAMI...: Restoran Adam Lai

Jun 11, 2013

Restoran Adam Lai


Berturut2 entry pasal makanan je kan. Heheh.Nak share 1 restoran china muslim yang sedap terletak di Seksyen 15, Shah Alam. Mula beroperasi sejak Mac 2012 kepunyaan 3 orang rakan Ebby Yus dan rakan2nye.

Pilihan tempat duduk, bahagian dalam bertutup dan beraircon bahagian luar pun ada jugak Tapi kalau pergi siang2 hari baik amik yg belah dalam. Lagi sejuk kan:)

Masa ni kami sampai waktu makan tenghari.  4 5 meja jugak la penuh orang. Sentiasa orang datang dan pergi gitu maksudnye ape? Sedap la yea kan.


Sementara menunggu makanan, staff akan bg kte tembikai free. Makan dessert before amik heavy food sebenar yg elok utk badan. Betul x? Staff ramai setiap penjuru ada yg jage. Servis pun cepat. Tak tunggu lama la untuk makan.


Ikan sweet sour..SEDAP!

Kam Heong Chicken..Recomended!!

Menu terung itu sangat sedap ade petai lagi. Lupa name die ape.tapi memang layan la. lagi 1 menu ayam jugak pn lupe tapi memang Sedap!Semua la SEDAP senang cerita. Meh datang, rasa sendiri;)

Total harga 2 air , 2 pinggan nasi dan lauk2 di atas RM 70++


Peta dan alamat Restoran Adam Lai. tak susah nak cari, Parking pun senang. Surau hanya seberang jalan.

Sangat sesuai kalau nak buat makan2 bersama family. Untuk tempahan hubungi 03-5510 1058.
Selamat Menjamu Selera!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah