CHERITERA KAMI...: Makan malam di Senibong

May 31, 2013

Makan malam di Senibong


Last week cuti panjang, N bawak mak dan anak2 buah ke Jb jumpa kekasih hati saya sambil2 tu nak berjalan2 la kononnye di Jb.

Malam pertama sampai Jb, ktorg pergi dinner di Senibong. Lame betul tak pergi sini since time UTM dulu. Itu pun sekali je, member bawak. Jalan pun tak ingat. Yang ingat makan atas laut je.

Memang jauh beza la dulu ngan sekarang, kawasan parking lagi senang dan tak berhimpit. Kedai pun banyaaakkk sangat pilihan. Tinggal nak pilih mana yg berkenan je. Yang penting tak nak spoilkan mood yang tengah lapar.

Kami pilih Restoran Anjung Seafood.


Sampai sebelum Maghrib, orang dah mula ramai dah. Parking pun hampir penuh. Parking kene bayar RM3(tibe2 macam lupa pulak exact harga berapa;p).

Nasib baik dapat seat atas laut ni, baru layan.Yea dak??Memang N suggest datang la awal utk dapatkan seat yg menarik dengn view yg tenang gitu. Kalau tak pun, boleh buat reservation dulu.

Kapal2 berlabuh & sangkar ikan

Tuan tanah yg semakin bulat;p

Nak duduk makan bersila pun boleh terus bersandar kekenyangan nnti.;p

Jom pilih ape mau makan. Ruang untuk pilih bahan2 basah dan ruang masak ni dekat belah darat. Jadinye tak sesak la bahagian kedai tu. Boleh makan dengan tenang. Rambang mata nak pilih tapi memang besar2 la seafoodnye. Harus pilih dengan bijak kang ade terkejut nak membayar.Kui3




Butter prawn yang rangup..Sedap!

Sotong tepung makan berebut2

Tomyam campur cair skit tapi still Sedap!

Ikan pari & kerang sambal bercili. Kerangnye ta amik lak gamba. Tang sambal ni kurenggg ckit. tapi bila makan ramai2 ni, selera saje semua.

Bagi kami rasa makanan kt sini xdela out terus. Ada yang sedap, ada yg kurang tapi tak mengecewakan. Next time datang, boleh try kedai lain pulak;)

Total makanan, nasi & air untuk 6orang RM 138. Murah ke mahal?;)

Lokasi nak ke sini , landmark AEON Permas Jaya. Di sebalik kawasan perumahan tu ada la kedai2 ni. ;)

1 comment:

mizieyka said...

JOM FOLLOW BELOG SY YG DH BERKULAT
http://sikontot-mizieyka.blogspot.com/ HAHHAHAHHAAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah