CHERITERA KAMI...: 2013

Dec 27, 2013

Restoran Kelab Tasik Putrajaya


Masa bermalam di Everly Hotel Putrajaya haritu, kami decide untuk dinner di Kelab Tasik Putrajaya ini. 10minit je dah sampai tapi sebab first time pergi restoran ni , putrajaya pulak tak sah kalau tak sesat.Hehehe.Tapi kami suka Putrajaya.Eh..Tetbe;)

Sampai je parking penuh jugak. Kiranye restoran ni memang jadi tumpuan la kan.

Tangga bahagian belakang mengadap tasik dan bangunan Perdana Menteri.

Penuh juga meja.Mostly datang dengan family, kawan atau dalam group yang ramai. Sebelah atas tu ada karaoke.Sebelah bawah tu pun ade tempat makan juga. Belakang Ann tu ade kolam renang.First impression tempat ni sangat besar,selesa, bersih, dan sesuai untuk makan sambil santai-santai.

Dijamin halal..Jom order.

Nasi goreng tak ingat namenye ape.Banyak nasinye.

Chicken chop N punye dish.Besar kan portion die??

Dari segi rasa boleh la. Mungkin kami salah pilih menu kot sebab tengok orang-orang lain berselera je makan, meja sebelah tu berapa kali tambah order.Hihihih.Harga pula sekali dengan 2 Teh O suam RM 30++.Kene pergi sendiri dan try dulu, lain orang lain tekak, kan???

Restoran ini terletak di Presint 8, no untuk dihubungi 03-8889 5008. Klik untuk lihat map ke Restoran Tasik Putrajaya.

Dec 23, 2013

Apa yang menarik di The Everly Hotel Putrajaya


Breakfast di Everly Hotel ni meriah jugak dan kalau boleh amikla port yang tepi cermin.

Breakfast di The Fuze restaurant

Sangat comfy dalamnye..Suke dengan concept dia. Pilihan buffet macam biasa la.Sedap-sedap semuanye.

Inilah port tepi cermin itu. Sejuk mata pepagi di jamu dengan pemandangan hijau, coklat, biru putih..kan??Hehe..Suke!

Dah kenyang makan, kita pusing2 dulu tengok ape yang menarik.

Lobby area.Nampak tangga pusing2 belakang tu?Dari malam tadi menarik perhatian Ann:)

Terhasil la ini...Sebaik cik B sanggup layan kan...LOVE!!

Swimming pool mengadap tasik.Terletak di level B1 kalau tak silap.Simple je area dia.

View dari another side.Nampak tak hujung sane tu ade kerusi meja dibalik cermin itulah tempat breakfast tadi.

View lobby area dari 1st floor..Banyak tempat/sudut untuk beristirehat di hotel ni.Dan again concept dia moden, selesa dan feel at home.

Function Hall..Boleh la usulkan ke bos korang buat annual dinner ke training ke kt sini:)

Tempat chit chat lagi sesambil makan dessert yang ada dijual di situ. Koridor tepi ni menghala ke ruang lift dan juga tempat santai lagi.:)

Di sana adalah Alamanda Shopping Mall. Yea, hotel ini sangat dekat dengan Alamanda. Salah satu tarikan dan strategiknye hotel ini:)

Kami sangat sangat puas hati sepanjang 2D1N di sini.Ann memang recommendkan pada yang mencari short vacation atau yang nak cuba new hotel, boleh la ke sini.InsyaAllah ade rezeki lagi, boleh datang dengan family pulak:)


The Everly Hotel Putrajaya


Cerita weekend getaway around last month. First reservation cancel sebab awo/nenek Ann tengah nazak kt icu Hospital Melaka masa tu.Al-Fatihah untuk arwah awo..:(
Then buat 2nd reservation pulak.Rumah dengan Putrajaya 30minit je dah sampai , mengadakan nak berweekend getaway jugak kt Putrajaya tu. Ni kire dah terdesak sangat nak spend time together, taknak jauh nanti abis masa kat jalan. So, Putrajaya best choice plus ada hotel baru.Ok, alasan memuaskan!;p

Room like a home.Sangat suka deco dia.Ini ialah Executive Room.Room type ada superior, deluxe, executive & suite. 

Iron, iron board, coffee making facilities,fridge,sejadah.Air shower best, part yang lagi best ialah bawah shower tu ada paip yang sangat memudahkan kita nak amik wuduk.Markah bonus untuk itu!Lupa pulak nak snap gambar paip tu..Heheh.

LCD television dengan astro channel dan hair dryer dalam laci tu.Nak balik baru perasan.Ish3;p

Untuk yang menginap di Executive room & Suites room dapat complimentary snacks & drinks di Executive Lounge 15th dari 11am-10pm.

 Boleh lepak-lepak sambil tengok Tv,ada internet service & juga Wifi.

Very comfortable dan cozy.

Snacks yang sedap belaka.Mula-mula amik sikit lepas tu bertambah juga. Drinks pun ada hot & cold.Pilih je.

Next entry kita cerita pasal breakfast & other facilities kat sini yea.

Dec 20, 2013

Serius sedap redvelvet cake ni


Ann memang jarang makan Redvelvet(RV) cake ni. Rasanya susah nak jumpa yang betul-betul sedap dan kene ngan tekak. Ada yang buat kering, ada tu macam xberapa..Wah..kemain komen, nak sedap buat sendiri la Ann;p

Nak dijadikan cerita, beberapa minggu yang lepas Ann pergi cuci-cuci mata kat JJ Wangsa Maju.Turun je eskelator ke Ground Floor tu ada nampak orang jual cupcake dan kek. Ada cheese meleleh jugak.Ntah camne terbeli lak RV cakenya.

Ni la rupenya RV cake tersebut. RM20.Rasa??Serius SEDAP!!Ann sorang je makan hampir 3/4.Tak terlalu lembap dan tak kering cakenye.Just nice!

Kebetulan cik B balik, Ann suruh la dia rasa. Mula-mula taknak konon, sekali..lajuuu je licin. Dia cakap kenapa tinggalkan sikit je untuk dia.Kui3.Dia p cari balik kat JJ Wangsa Maju tu dah xde kedainye. Kecewa we olls.

Mungkin dah rezeki kami, masa pergi Big Bad Wolf kan Ann lepak floor atas yang ada jual2 tu, terjumpa semula booth yang jual RV dulu tu.Apa lagi terus beli. Dia cakap yg kat JJ Wangsa Maju tu kejap je 3hari. Siap ambil name card lagi, senang dah tau mana nak cari dah pasni. Yang kali ni cik b yang melantak kaw2 punye.

Ni la rupe booth yang Ann beli kat JJ Wangsa Maju tu. 

Macam-macam la diorang ni buat.

Choc Moist Cake..aaaa..yummynye tengok choc tu

Cupcake diorang comel2 belaka.

Rainbow cake

Nak tempah kek untuk hantaran ke kawin, tunang ...Macam-macam la ada..

Boleh tengok facebook diorang ATCupcakes Bakeri. AT Cupcakes ni takde kedai, base di rumah kat Setapak.Anything boleh call En.Razak 017-436 3082.Diorang rajin jugak bukak booth.Boleh tengok facebook mereka untuk tahu kat mana. Boleh la terjah dan try beli nanti.

Dec 19, 2013

Obses dengan buku


Alhamdulillah kami suami isteri punya minat yang sama iaitu suka membaca. Cuma yang bezanye genre buku sahaja.Ann ofcourse la suka Malay Novel, cik B pulak more to history, motivation,agama.Tapi kalau N beli buka sesama ngan cik B, N ambil few novels yang N rasa best lepastu pass ke cik B untuk dia finalize kan mana yang betul2 best untuk di beli.Beli novel pun kene tunjuk suami ke??Mestiii..dia yang byr.Kekekke;p

Dalam bulan ni sahaja, ada 2 book fair kan.

Pesta Buku 1 Malaysia di PWTC 11-15 Disember 2013. First time pergi waktu malam. Plan yang bagus sebab tak ramai orang.Tenang nak shopping. Fajar Pakeer diskaun 20%, Karya seni diskaun RM5 dan Kaki Novel diskaun RM6 untuk semua novel mereka. Berbaloi!

Big Bad Wolf 6 - 15 Disember 2013. Kami pergi on 12 Disember 2013(Khamis) malam lepas Maghrib. Dalam pukul 9 ke atas orang dah semakin ramai. Ni memang tempat cik B shopping. Pukul 11malam baru kami keluar dari sini.2jam lebih jugak tunggu suami terchenta shopping.

Macam biasa port Ann kt belah atas ni sambil baca novel, tengok ragam orang shopping novel. So, tak bosan menunggu. Untuk yang bawak anak-anak pun, ada mini playground atas ni. Nak makan minum pun ada kedai jual2.

Next year mark lagi mana book fair yang ada. Kadang-kadang tu tak rasa nak pergi sangat tapi berbaloi pergi sebab harga yang murah.

Dec 18, 2013

Restoran Adam Lai Wangsa Melawati

Lepas tengok Papadom 2, terus pergi makan di Restoran Adam Lai Wangsa Melawati.Asalnya tak tahu pun ada cawangan kat sini, abang Ann yg cakap.Disebabkan kunjungan kali pertama kami di Shah Alam dulu tak mengecewakan, sudah tentu la ktorg setuju aje.

Adam Lai Wangsa Melawati..Restoran Cina Muslim

Kalau dari jalan biasa, memang tak kan perasan restoran ni sebab terletak lot kedai yg belakang mengadap kawasan perumahan.Parking kereta senang.

Memang sentiasa ada pelanggan keluar masuk walaupun restoran ini baru dirasmikan pada Oktober 2013.Maksudnye memang bagus dan sedap la kan servis dan makanannye.

Menu pilihan - air sirap 3jug, nasi 2 bekas, sayur 2 set, tomyam seafood 2, ketam 1, adam lai chicken 2 , daging, telur dadar 2, nasi goreng cina 1, nasi goreng ayam 3.

Menu ade pilihan size small, medium atau large. Harga ikut size. Kalau tanya exactly name menu haritu memang Ann tak ingat kecuali adam la chicken tu. Yang lain belit2 juga nak menyebut. But, kesemuanye sedap!Laju je makan semua dan yang penting licin. Total RM289 untuk 16orang.Ok kan??Terima kasih mak belanja anak menantu cucu.Hehhe

Pada yang suka dan mencari restoran cina muslim yang sedap, sila lah cuba di sini..Sesuai juga untuk sebarang majlis. Ada 3 cawangan - Shah Alam , Wangsa Melawati & Prima Gombak.

Info lanjut boleh tengok di SINI dan SINI.

2 kali tengok Papadom 2


Asalnya cik B la yang ajak tengok Papadom 2 ni. Sebab nak tengok wayang tapi tak banyak cerita yang menarik plus waktu tayangan yang mostly tak logik dek akal.Kenapa mesti waktu tayangan kene terbabas2 waktu solat eh??Kita kat Malaysia negara Islam. Sepatutnya pihak yang berkenaan kene kaji la perkara ni.Emosi kejap.Hehehe.

 Hari Sabtu kat KLCC.Asalnye bertiga dengan mak sekali tapi last minute nak pergi kenduri pulak.So, kami berdua je la.

Malam tu kami adik beradik lepak kat umah abang sekali nagn mak.Cik B cakap la kat mak.Rugi mak tak ikut tadi..bestttt ceritanye.Terus mak cakap, yeke..ok..jom la esok kita g tengok.Mak pun lama tak tengok wayang.Haaa..mak belanja ok!Rejeki ni!

So, pergi la 16beranak ni serang TGV Wangsa Walk.

Panjang ha tiketnye. Kali kedua la untuk kami.Ngeh3...

Conquer 2 roll.

Komen : Kalau bawak anak kecik boring la untuk diorang sebab cerita ni family movie.Banyak dialog yang berunsur nasihat. Ada kelakarnye, sedih pun ada sampai keluar jugak air mata. kali kedua tengok pun nangis jugak. Apa-apapun, terpulang pada minat dan citarasa masing-masing.Sekali sekala kita support Malay movie tak salahkan;)

Dec 17, 2013

Watsons VIP Member Card


Selalunye selain hypermarket kat mana lagi tempat yang korang suke beli barang-barang makeup or personal??Bagi Ann, Ann suka masuk Watsons sebab susunan dia teratur, kemas selesa la nak membeli-belah dalam tu.Thats why N terus apply as Watsons member.

Early December baru-baru ni, Watsons ada buat promo VIP Member Card yang baru siap ada Touch n Go lagi. Dan untuk yang ada Member card biasa, boleh upgrade ke VIP dengan bayaran tambahan RM6 sahaja.Plus ada 1 bundle voucher yang menarik. Diskaun untuk pergi bercuti, makan-makan, shopping , fitness dan banyak lagi.

RM5,000 reward vouchers

Ada voucher Zalora, KFC, Pizza Hut, Holiday Villa, macam-macam lagi lah.

VIP Member Card yang baru. Ada Touch n Go.Senang kan?Boleh guna point sahaja.



RM12 untuk sign up as VIP member. Boleh ke cawangan Watsons berdekatan anda.

Maklumat lanjut, klik SINI dan http://www.watsons.com.my/

Dec 16, 2013

Sabah : Kereta sewa murah di Kota Kinabalu


Rasanye kita dah sampai last entry pasal Sabah.Jenuh nak menghabiskan.Kali ni nak kongsi sikit info tentang kereta sewa yang kami guna sepanjang 5h4m di Kundasang-Kota Kinabalu. Alhamdulillah ada kawan di sana yang buat khidmat kereta sewa ni, Jadinye tak perlu pening kepala. Deal dan book awal2 dah dengan dia. Senang!

Viva Manual

Condition ok. Sangat berjasa membawa kami naik turun ke Kundasang dengan jalan yang tak berapa elok tu. Tahan lasak la ni kiranye kan. Minyak RM30 je kami guna sepanjang di sana.Jimat!Tuan punya kereta ni boleh dihubungi di SINI. Baik orangnya.Thanks beb!!

# Update : Kereta sewa ni dah xde, tuan punye dah balik semenanjung dah.Hehehe...

Hari last kami di sana, sempat singgah di Suria Sabah Mall untuk lunch. Satu-satunye mall yang ada di kota kinabalu. Food court terletak di tingkat atas sekali.Merasa la kerabu rumpai laut ni.


 Kene makan dengan nasi baru tak terasa sangat pelik die tu;p


Beratnye hati nak tinggalkan KK & Kundasang especially.Ada jodoh dan rezeki memang nak repeat lagi.InsyaAllah..


Till we meet again!!

Kalau ada sebarang pertanyaan atau maybe nak info lanjut pasal cuti2 Sabah ni, boleh emai N di cantik_menawan25@yahoo.com.

Dec 13, 2013

Sabah : Shopping time , Pasar Kraftangan @ Pasar Filipino


Lepas berisland hopping, agenda diteruskan ke shopping pulak. Susah jugak mencari parking kat area town ni. Last-last kami parking bersebelahan pasar jual kerepek , makanan kudap2an. Masuk-masuk je dalam pasar kraftangan ni terus rambang mata. Dengan souvenirnye, tshirt, gelang mutiara, brooch. Konon tak nak shopping sangat;p

Pasar yang menjual segala macam kerepek, kuih traditional, kudapan. Tapi kami hanya lalu je, macam nak beli tapi tak beli pun.Heheh

Bagus servis akak ni.Layan je N tanya itu ini. Pastu kalau yg tak elok  dia cakap. Kalau die tipu tu, memang N tertipu la sama kan.Ngeh3

Untuk anak-anak buah kami decide nak belikan tshirt je. Kedai sebelah akak yg dalam gamabr atas ni ade jual tshirt jugak.Range harga RM23-RM25 sehelai. Dah mintak kurang siap buat kira2 depan dia, dia cakap tak boleh sebab kualiti tshirt katenye. Terima kasih pada adik tu sebab inform kami 1 kedai hujung dalam pasar ni yang jual tshirt murah.Bagus kan?;)

 Tengok..giliran orang tu pulak beria shopping. Cantik2 jugak design die. Gtau je orang kedai tu nak baju nombor berapa & size ape, nnti diorang carikan. Sepanjang kami kt kedai ni memang ramai je la orang.Mostly beli berhelai2. Sehelai boleh dapat dalam RM14-RM16.So, siapa2 yang mencari tshirt boleh pergi kedai akak ni eh.

Agak sempit boleh berlaga-laga badan dalam ni. Pergi time tak ramai orang, sedap la nak memilih. Dekat kotak yang diorang jual barang mutiara tu macam gelang, brooch, cincin ke rantai harga yang display memang mahal cecah ratus-ratus tapi bila tanya harga boleh dapat RM20 atau kalau pandai tawar dapat kurang lagi. Terkejut jugak memula tengok gelang sampai RM280 camtu kan. Harga untuk pelancong luar la ni.Pandai business yea.

Bahagian luar pasar. Hati-hati kat luar ni ramai peminta sedekah.Sebaik kawan dah pesan,kalau ada yang datang jangan layan. Bukan sombong atau kedekut tapi katenye diorang ni in group. bagi seorang, nnti geng2 die datang lagi. Pernah kali kedua kami singgah sini sebelum flight balik Kl, ada seorang budak ni minta sedekah. Kita senyum2 gitu je la kan.Dia ikut pastue cakap kita sombong.Huuhuhuh.

Hasil shopping 2 kali pergi pasar tu.Kawan yang di sana cakap best shopping kat Pasar Sinsuran atau kampung air tapi tuela setiap malam hujan je.Pada N still harga dia berpatutan kat sini.FM tu ade 2 jenis - 7 RM10 dan 4 RM10.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah