CHERITERA KAMI...: October 2012

Oct 31, 2012

Sempatla makan sekali


Baru tau dah abis musim minggu lepas kot eh, yo yo jek p order weekend ritu (konon nak beli utk anak buah) sekali die ckp dah xde kak.Sebaik la sempat rasa sekali.

Samurai burger dan McFizz yg sedap! 

Eh, McD kalau keluar ape2 menu baru selalo menjadi kan?kan??Sape setuju??Hihihih


McFloat ni pun terbaik jugak (walaupun boleh buat byk kali kt rumah kan;p), Boleh tambah koleksi cawan;)

Oct 30, 2012

Salam Aidiladha..


Dah 3 hari sambut Aidiladha baru nak bersalam2 kan..Semua kes nak cepat2 settlekan entry Cameron Highlands:p

Aidiladha tahun ni biase2 jek..rsae tiap2 tahun pun biasa2 jek sebab every akan sambut di KL menemani ayah yang memang menjadi orang kuat masjid bila tibe hari raya korban ni. Cuma sejak dah kawin ni kene berselang-selang la raya Kl or Perak kan.

Disebabkan tahun ni raya ari jumaat, tempat kami buat korban pada hari Sabtu pagi.So, hari Jumaat tu lepas solat raya, makan2 kami berdua keluar mencari ketenangan.Hahah.Tenang weh Kl lengang.Boleh jalan lengang kangkung atas jalan raya tu. Kalau hari-hari camni kan best!!

Kami ke Sogo.Sogo?Haaa..ke Sogo.Pusing punye pusing, xde beli ape pun sebab xjumpa yg berkenan di hati. Menarik g shopping complex memasing pkai baju raya. Cik B siap dengan samping lagi.Takde org nak pandang slack la.Kate raya!!

Malam pulak sebelum cik B pergi kerja

Pekena Steamboat ketam pulak..cuci perut jap dari rendang dan sambal;)

EH...xde gambar raya bersama la tahun ni.Gambar juadah di pagi ry pun xde.wuwuwu...Nak nau xmeriah;p

Sabtu pulak dah stat enjin nk p tgk korban dan nak menyibukkan diri di dapur.

20 ekor lembu dikorbankan tahun ni.Menjelang tengah hari dah settle, alhamdulillah cuaca pun baik kan.

Menu wajib hari ry, dh berapa hari menunggu nak mkan rendnag paru ni.Sabarrrrr...Sanggup ke Pasar Keramat mencari paru sebab tahun ni korban xdpt paru la pulak.Huhuh.Nasib baik ade 1 kedai bukak.Rejeki.....

Ahad aktiviti mengemas dan duduk santai di rumah:)

Kejap jek kan cuti 3ari tu..i need more cuti pleaseeeeee!!!

Tu jek la cerita raya kami..Bosan?Eh, dah biase laaa..tetap meriah sebab disambut dengan keluarga dan suami terchenta*wink*

Cameron Highlands : Kea Farm


Ok...ni mmg entry last punye psl cuti2 CH kami. Tempat last yang kami singgah sebelum turun dari CH, Kea Farm. Rasanye tempat ni jatuh tempat WAJIB singgah jugak kot bile dtg Kea Farm. Meriah!Macam-macam ade jual tinggal nak pilih jek yang bat rambang mata tu;p

Bagi treatment dkt kereta cumey ini dulu, penat die naik gunung turun gunung kan..Recommended bengkel ni bersebelah Villa Sri Juliana Brinchang, service cepat dan terbaik!


Selamat Datang ke Kea Farm Cameron Highlands..Sila pilih jangan malu nnti rugi;p


Kami memang jalan dari hujung ke hujung, beza setiap kedai dari segi harga, kualiti dan kuntiti barang tu. Ada kedai ni jual tu tapi xde jual ni tapi harga murah. Ada cmni ade camtu. Pepandai la pilih yea:)


Strawberry kering pulak, ade kedai jual yg betul2 kering punye ade yg basah2 ckit. Ann beli 2-2, rasa??Kering macam lagi sedap kot;)


1-1nye kedai yg bagi tester jagung tu. Jagung makan mentah camtu pun dah manis, terbaik!Same jek kot jagung mane2 kedai pun kan, murah ke tak pastue dpt tester ke x jek.hehehhe.

Segala sayur,teh semua kami beli dekat sini. Penuh la jugak tangan kiri kanan.Alhamdulillah..dapat la beli utk family.

Tamatla kisah cuti2 kami di Cameron Highlands. Special thanks to Neenaanuar sebab dari blog die la kami jadi jatuh cinta dengan Strawberry Park Resort and to Mr.Kumai, blog yg sangat banyak info tentang Cameron Highlands.


Fuhhh...legaaaaaa~~

Oct 29, 2012

Cameron Highlands : Buffet breakfast & bye-bye Strawberry Park Resort


Hari terakhir di Strawberry Park Resort,  seawal 7.00am kami dah turun breakfast.Sebab nye nak amik port meja dekat luar dan tak nak menunggu lama. Tapi sebab ari last ni hari Isnin, should be tak ramai org sangat la time breakfast ni. Breakfast kami masa hari yg sebelumnye terpaksa menunggu giliran sebab guest sangat ramai. Restoran yg xdela besar mana tu memang xdapat nak menampung.Diorg ade bukak 1 lagi cafe dekat 2nd floor tapi ramai yg xnak sebab cafe tu not open air. Masing-masing sanggup menunggu.No picture during that crowded moment, malas, mood belum mari;p

Ni lanye port yg nak sangat tu.memang hot seat. kalau boleh semua org nak port luar.Fresh air!


Sedap2 makanan dia. menu standard la . Muffin and bun(tak ingat ape namenye)  dia sedap!


Dah puas tenung kehijauan, perut dah kenyang. Sambung jalan2 aorund the resort before kemas2 untuk cek-out. Decide cek-out awal sebab nak singgah YZ Agro Farm lagi dan nak shopping lagi;)





Bye-bye Strawberry Park Resort, we enjoy our holiday and stay here. Recommended to those who want to feel calm  and peaceful resort at Cameron Highlands.

gembira sangat kan???;)


Oh , yea sorry lambat menjawap soalan tentang harga kami dapat untuk stay 3d2n  di Strawberry Park Resort ni...Total RM460.Murah!Separuh lebih dari publish rate. Memang berbaloi-baloi.Yippieee!


Oct 28, 2012

Cameron Highlands : Steamboat Snack Corner


Hye korang...Salam Aidiladha..nak abiskan kisah cuti2 Cameron ni..pleasee jangan bosan yea;)

Malam kedua kami dah aim nak makan Steamboat. kebetulan masa hari first kami ke Tanah Rata Tea Plantation, ternampak 1 kedai setambot ni  bersebelahan dengan hotel de La Fern.Memang betul2  tepi jalan Brichang-Tanah rata. Jom panaskan badan.

Actually slain steamboat ade jugak menu2 ala-carte lai yg dijual. Oh, untuk steamboat ni bukan sistem buffet yg boleh pilih2 bagai tu. Dia memang dh bagi siap2 dalam pakej tu RM24/pax tak silap. Memang sangat banyak, murah woo!

Abaikan muka yg tak semenggah tu, penat sangat berjalan agaknyekan..Cuba fokus pada makanan yg ada atas meja tu.banyak!


Kuah tomyam yg blh thn pedas tapi xsekick Steambot Ketam dan Johnys:)


Ruang kedai yg selasa, service bagus,tempat parking pun senang.Sebelah kiri kedai ni ade jual souvenirs.

Oct 23, 2012

Cameron Highlands : Big Red Strawberry Farm


Hari melawat strawberry farm.Nak jugak pergi sini kan sebab nak jugak tengok strawberry farm yg femes ni. Lokasi yg agak ceruk di celah2 lorong dan berbukit.



Free Parking.Parking yg banyak, jangan risau.

Nak jugak kan;p

Geramnnye tengok sayur2 hijau ni. tengok jekla, tak nak beli pun;p



Jom tengok ape yg best kt cafe ni



Ni la yg dok tengok org selalo makan tu, teringin punye pasal order jugak tapiiiiiiiiiiiiiii xabis pun xsedap dan masam..

Takde yg menarik sgt dekat sini, harga strawberry 1/2kg petik sendiri RM25 klu tak silap, lagi mahal dari dekat YZ Agro Farm. Rasa xberapa best la dekat sini. Cukup la sekali ni jek kot dtg sini.Huhuh..

View pekan Brinchang otw turun dari Big Red Strawberry Farm..

Cameron Highlands : YZ Agro Farm


Rezeki kami masuk YZ Agro Farm , Kampung Taman Sedia ni tengok buah strawberry banyak lagi yg merah2 menyala.Geram dan tak sabar nak petik sendiri.Minimum 1/2kg, RM20.





Besar jugak farm dekat sini..Giliran cik B pulak nak petik

Penuh 1 bekas plastik tu cukup la 1/2 kg.

Menu-menu lain yg ade jual

Strawberry Milkshake terbaik!sedappppp!2 kali ktorg dtg kedai ni sebab nk repeat milkshake ni:)

Strawberry yg 1/2kg tu pun selamat abis makan dekat kedai ni jugak, xsempat nak bawak balik hotel pun..Terbaik!manis buahnye..Kate pekerja kedai n, masa kami dtg musim strawberry tengah elok sebab tu rs die sedap sebab cuaca panas dan hujan



Bukti datang kali kedua.Sebelum balik KL, singgah beli strawberry 1kg dan milkshake:)



Recommended!

1 tempat yg MESTI datang di Cameron Highlands

Oct 22, 2012

Cameron Highlands : Kampung Taman Sedia


Maaf la cerita Cameron xsudah2 lagi..ade la 2 3 entry lagi kot. bertabah jek la yea. Harap dapat share info2 yang berguna utk kawan2;)

Next stop lepas dari Sungai Palas, tentula cari strawberry pulak. tak sah dtg cameron kalau xjumpa buah merah ni kan. Masa ni hujan reda dah tapi agak dah lewat mungkin jadinye strawberry banyak dah abis. Tinggal hijau2 jek banyak.


Upsss lupa pulak nak mention yg pencarian strawberry kami ni di Kampung Taman Sedia. Info pasal kampung ni pun bile search google dan terbace blog Mr.Kumai pasal kampung ni. Tanah rezab Melayu di cameron yg ade banyak homestay dan juga  strawberry farm. Menarik kan??Patut dan wajib datang sini. Support Melayu!!Semangat betul.


Tak susah pun nak cari kampung ni.Kalau dari Brinchang tu ade 3 simpang yg ade sign ke kampung taman sedia ni. Masuk la mane2 simpang pun, akan jumpa jugak kampung ni.


Mula2 kami singgah di Opah Strawberry Farm..Sedihhhh sebab strawberry merah dah abis..xbanyak choice..Sedihh!datang petang2 lagi kan..memang la susah.



Pencarian tetap diteruskan

Sedih jugak;(


Untungnye datang sini sebab strawberry farm ni dekat2 jek..Masuk la mana2 yg nak.best kan kawasan ruamh tanam strawberry,gempak x??




Alhamdulillah...berjaya jugak jumpa 1 farm ni.Berbaloi2.Akan konngsi next entry eh:)

Oct 19, 2012

Dari DIA kita datang, pada DIA kita kembali...Al-fatihah






Hampir seminggu atok pergi..Akan sentiasa merindui kenangan 27tahun bersama atok

Semoga Allah mencucuri rahmat atasnya..Semoga atok digolongkan dalam golongan orang-orang yang beriman..Amin...

Al-Fatihah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah