CHERITERA KAMI...: September 2012

Sep 27, 2012

Nervous nak screen test



Last week Ann ke pejabat MIG dekat Taman Medan. Pergi sensorang je so xdela nak gedik2 dalam tu. Malu-malu, nervous jugak la nak masuk dlm ni kate nak screen test la sangat kan. Ramai jugak orang kt reception tu. Potong mood jek nak amik2 gambar konon..Hihihih


Cantik jugak ofc MIG. 1 corner lot sampai ke atas tu la die punye. 

Takde maknenye nak screen test. Just nak amik hadiah menang contest 8 jam haritu. Tak dapat nak attend event diorg buat utk bagi hadiah sekali pratonton filem Salam Cinta. Jadinye diorg suruh collect dkt ofc jek la. Dah 2minggu jugak la tak berambil hadiahnye.Huhuhuh.


Ni la hadiahnye.Kate saguhati kan. Ok la tu, ade 4DVD original filem2 MIG dengan t-shirt.Tq MIG.



Sep 25, 2012

Happy Anniversary






Love you much much muchhhhhhhhhhh dear

Sep 24, 2012

Merdeka...Merdeka...Merdeka


Share some pictures taken by cik B yg berkesempatan melibatkan diri semasa Hari Kemerdekaan last month. Bukan join perbarisan tapi medical standby utk VVIP. Alhamdulillah xde ape2 masalah dapat tengok sambutan dan barisan kehormat dari dekat. Kalau Ann dapat ikut lagi best, memang la penat dan panas tapi bile lagi nak feeling2 budak2 tgk perbarisan merdeka. Kan??Last sekali masa kecikkkkk dulu ayah bawak.


Bangunan Sultan Abdul Samad sebelum terbit matahari


Ramai dah mula membanjiri dataran


Tempat duduk tetamu kehormat


PM dan 1 Malaysia


Kalau brother ni xde, tak dapat kita nak tgok siaran lansung kt Tv, kan??


Sultan dan tabik hormat
















Bergambar dengan Pengarah Kesihatan dan kakitangan perubatan yang terlibat..Itu B saya;)

Sep 21, 2012

Syawal 28, Kenduri dan Mini Open House


Cerita Syawal masih ade baki lagi, ni la gayanye bile raya sebulan..Time raya la ni feel nak jumpa dan berkumpul tu lebih excited..kan?

Anyway, kami sekeluarga berkesempatan buat kenduri doa selamat dan mini open house dah alang-alang tu kan jemput la sedara-mara dan sahabat handai. Maaf jika ada yg terasa kalau tak jemput, insyaAllah thn depan ade rezeki kte up lagi.Hihihih..

Kenduri bermula jam 11.30pagi

Jemput sekali sekolah tahfiz berdekatan

Sesi menjamu selera..Baru perasan gambar makanan xde, xsempat pun nak amik. Makanan haritu ade sikit order catering, selebihnye ayam goreng, sambal udang, spagheti seafood, kuetiau, kek batik(ann buat xsempat amik gmbr...wuwuw)...semua kami atau lebih tepatnye mak yg masak. Ada jugak laksa dari SIL.

Tak sangka sebenarnye dalam ade kawan-kawan cakap xsempat la xsure la ape, ramai la jugak yg dtg.Terima kasih yea sudi dtg. Maaf mane yg terkurang ada yang dah siap2 request menu utk tahun depan pun. InsyaAllah....

Tak menang tangan jugak..yg datang tak berhenti banyak jugak tak sempat nak bergambar same. Nak melayan pun kejap ke sini kejap ke sana.

My Bff, mereke yg berdarah manis:)



 Kawan rapat dari sekolah rendah..

 My buddies

 Cik B with his old friend

:)


Comel la awak pkai tudung:)


Weeeee~~~;p


Sep 20, 2012

Untuk Tiga Hari....sahaja


Saja nak update sempena hari tayangan Filem Untuk Tiga Hari harini. Hahhaha..alasan diterima kan??Seminggu tak update blog;p

Dapat join Malam Gala sempena Majlis Preview filem Untuk Tiga Hari. Memang meriah xsama suasananye dengan pengalamn Ann pernah pergi Pratonton sebelum ni.Hihihi.Baru 2 kali kot. Tapi 1 of the reason sebab venue Malam Gala ni dekat je kat Pavillion so no need to rush nak ngadap jem bagai lepas Maghrib boleh pergi lenggang2 dari rumah.

Actually ntah macam mane giler betul memang aim la nak dpt free ticket movie ni, so selalo la jugak jenguk2 fb Untuk Tiga Hari. Diorang sellao buat contest tapi Ann selalo lambat.Sampai la hari isnin last week sebelum nak shut down pc ofc ni, perasan die tny soalan "Siapa penulis novel Untuk Tiga Hari??" Ann pun jwb la Ahadiat Akashah. Tengok2 Ann org ke-6 yg jawab sebab die nak 3 org terpantas. Kuciwa2. Sekali die tag Name Ann suh email detail ke sebab menang. Rupenye orang yg jwb awal2 tu dah pernah menang. So xdikire la. Pape ntah kan..dah memang tak yah sibuk2 nak jawab. bagi la peluang kat orang lain. Euuwww..Eh...apsal dah meleret sangat cerita ni.



Malam gala hari Selasa, menangnye hari Isnin. Sebaik la Cik b xkeje cuma die ade presentation esoknye tapi sebab die kesian kt wife comel die ni ditemankan la jugak.Hihih.Tq B;)

Pendaftaran stat kul 7pm. Ktorg kul 815 baru sampai. Masa tu dah dengar kompang la bagai. Dah agak mesti gimik diorg ni. Termiss la part diorg berarak dari bawah Pavillion tu.So, tunggu jek la siap2 kt TGV.



Pelakon2 utama Untuk Tiga Hari..siap ade pelamin lagi..Sangat Meriah

Camni pun jadi la kan..dengan Mr. Penerbit, Sharad Sharan

Guest..datin, Datin & Datin


Mereka yang menjayakan filem ini

Bersama 1 of pasangan pengantin.Rashidi memang nampak sangat ramah dan mesra. 

Cik B dan hazama(OST Untuk Tiga Hari)

Dengan abg Hans.Betul la abang kan??Oh, abaikan muke Ann yang pelik ntah excited sangat kot gayanye;p

Sebelum tayangan bermula


Sinopsis perlu cerita ke?rasanye mostly dah tau kan banyak dah kat radio, tv dok iklan pasal movie ni.

Komen??Lari dari konsep Lagenda Budak Setan & Ombak Rindu yang banyak scene romantik2 tu kan, xbosan la tengok cerita ni sebab ade unsur2 komedi cuma hujung-hujung tu dah slow ckit.Takde la membazir nak spend duit sikit utk tgk filem ni di cinema.Ann tak pernah baca novel ni so xboleh nak comparekan tapi sebab Ann memang suke dekat sweet couple Shidi & Vanidah Imran antara reason nk jugak tgk filem ni.

Video dan gambar lagi di Runwitme. Jom tengok filem ni, dan Like fb Untuk Tiga Hari. Macam2 contest dan hadiah best2 ade:)

Sep 14, 2012

SubhanaAllah...





Segala puji ke atas Mu Ya Allah...Tuhan Sekalian Alam, Maha Besar lagi Maha Bijaksana...Indah sungguh ciptaanMu..

Tenang..Nyaman...Segar...SubhanaAllah..


Ce teka kat mane lokasi ni?Mane tau dapat ole2 ke;)

Sep 12, 2012

Wajah Bapa Pemodenan di Hari Merdeka















Antara gambar-gambar Tun Dr.Mahathir yang sempat di rakam oleh Cik B semasa Hari Sambutan Kemerdekaan yang lepas.

Sep 11, 2012

Sampai ke Tapah baru jumpa


Dari entry Mana nak dapat?? Siapa yang ada??  Ada yg komen cakap area Sepang banyak, ada yg cakap die jual tapi xtinggal contact camne nak tny lanjut...wuwuwuuw..Ada jugak yg ajak dtg ry rumah sebab ade kuih tu kt rumah die..tp jauh la pulak..

Sampai dah nak abis Syawal ni baru la terjumpa dengan kuih itu..Alhamdulillah..rejeki.Walaupun xbape umphh xrangup sangat sebab tebal tapi jadi la buat rasa kan dari xde.Nti kalau ada yg jual, gtau yea:)

RM15...@RnR Tapah...Jauh wooo sampai Tapah baru jumpa:)

Sep 7, 2012

Syawal 18 Jamuan Raya Lagi..


Rabu baru ni, dekat office ade buat Jamuran Raya. Sebelum Jamuan, ade staff meeting dulu. Tak Best kan??Dalam syok2 prepare utk jamuan tu berdebar jugak kot2 la kene bambu time meeting ke.Mane nak agak mood MD(Managing Director) kite tu. Kejap ok, kejap tak. Tapi alhamdulillahhhh...everything ok. Meeting pun smooth jek. Maybe MD pun dh stat mood cuti 2minggu die.HIHIHIHIHIH. MD kite cuti 2 minggu woo stat semalam;)


Gegurl tengah prepare susun2 makanan utk jamuan. Meja meeting dah penuh. Time meeting memasing tak nampak muka, nampak makanan jek.Hehhehe

Meeting ada la dalam 45minit, pastue semua tak sabar dah nak ngap.Kami staff ada 11orang termasuk management. Lepas tu jemput our Chairman and wife. Total yg ade masa jamuan haritu 13 orang. Tapi menu ktorg sangat la tersangat la meriah.

Soto, Laksa, roti jala, nasi tomato, sate, rendang daging, lemang, buah,2 dessert yg macam.Giler banyak utk 13orang.

Sebelum makan, amik gambar dulu gegurl sekalian termasuk makcik.Makcik ni sporting betul time suruh pose.Hihihih.Tema kami gegurl hijau yg bermacam tone:)

Muka kekenyangan memasing. Jejaka di belakang itu, disptach kami yg berdedikasi:)


Lepas Chairman balik, semua sibuk amik plastik memasing tapau makanan bawak balik rumah. Semua tak masak hari tu. Makan lauk jamuan kt office yg banyak balance lagi. Ape-ape pun Alhamdulillah...Seronok sekali skala dapat macam ni. Kalau tak, sunyi sepi jek;p

Sep 6, 2012

Syawal 15 Raya Sampai Pengsan


Lepas Jamuan raya dekat masjid, kami sefamily sebanyak  4 kereta ada misi besar untuk berjalan raya secara berjemaah. Ni cover berapa tahun punya beraya. lame jugak la ktorg xbuat aktivit camni. niat nak beraya tu ada, tapi bukan senang nak kumpul 1 family nak beraya bersama kan.Ade jek la hal memasing. Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak kami together2.

Rumah pertama,rumah nenek sedara dekat Taman Permata. Ni ikutkan rumah wajib Mak la akan pergi kalau ktorg xteman pun, mak selalo every year akan singgah rumah ni. Dekat jek kan. Kul 12tghari dh sampai sini.Masa ni kami, Mak ngan family angah je.



Lepas tu blk rumah, pas zohor dlm kul 2 gerak g Petaling Jaya pulak. Rumah pak long, abang ayah Ann.Time ni complete la 1 family. Semua ada.


Makanan memang terbaekkkk giler. Memasing laju jek tambah. Rendang, serunding, mee kari semua la sedap!Same tak muke pak long ngn ayah Ann??Selalu la ada tersilap panggil ayah Ann Dato'. Hihihi..

Tepat waktu asar, ktorg sampai ke rumah ke3 di Pantai Dalam. Ni pun nenek sedara jugak. Melawat beliau yang kene strok separuh badan. Semoga nenek cepat sembuh yea..aminnn.Takde gambar dekat sini.

Rumah seterusnye ke Mahkota Cheras pulak, rumah Pak Uteh. Adik ayah yg ke 6.

Mee Goreng Super Hot Gojes!Walaupun pedas, tapi laju jek makan.Kat sini dah slow sikit la sebab perut still full tank lagi.

Maghrib ktorg sampai dekat bangi, Rumah Achik adik ayah ke-4.Pun xde gambar, sebab dah malas. Kekenyangan. Achik pulak serve sate. Dalam tak nak tak nak tu berapa cucuk jugak la selamat masuk mulut. 

Lastttt sekali, rumah Pak long belah Mak. Ni pun dekat bangi jugak. Menu cam biasa la klu dtg rumah Pak Long ni, Sate kajang mari dengan Mee Hailam.Fuhhhh...rezeki jgn ditolak kan. Orang dah jamu kite, sikit pun kene la jamah jugak.Alhamdulillahhhhhh....




Bulan mengambang baru la balik ke sarang masing-masing.Hihi.Kul 10malam jugak la sampai rumah. So, total 6 rumah ktorg settlekan dalam setengahari.Alhamdulilah.InsyaAllah lain kali boleh dtg lagi. Terima Kasih pada yang sudi menjamu kami dengan hidangan yang enak2 semuanye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah