CHERITERA KAMI...: July 2012

Jul 27, 2012

Bila nak guna ni


Masa kawin banyak juga dapat hadiah, majoriti xguna pn lagi. Yeala sekarang masih tinggal dengan family. Dah tentu barang kat rumah tu dah sedia ada, dah banyak.Mak punya pinggang mangkuk semua berlambak-lambak.Barang-barang electrical pun elok lagi.

Jadinye simpan jek la mane hadiah-hadiah yang dapat tu. Ade sumbat almari tu, ade sumbat almari ni. Yang tak muat nak sumbat, biar jek dalam bilik tidur tu.Bilik pun dah penuh dengan almari, rak dan barang-barang.


Masih elok tak guna lagi


Tv ni bukan dapat masa kawin tapi ada la usinye beberapa bulan jugak. Dapat free gift ni.Sebaik bilik dah penuh, kalau tak, memang dah pasang dah tv ni dalam bilik.Hai la tv, bile agak nye nak guna kamu yea.DOk la situ diam2, tunggu kite ade rumah sendiri yea:)


Rice cooker comel, cukup la untuk 3-4orang makan.Ni pun dapat free gift. Elok terletak kat tepi almari tu.

Kalau masuk rumah sendiri ni, dah ade tv ngn rice cooker. Ok la kan. tengok tv, makan.Hahahha.Pinggang mangkuk, gelas, blender, periuk kuali dah ade dpt hadiah kawin. Tinggal perabot-perabot ngan barang-barang electrical lain. Jimat dah di sini!Alhamdulillah.

InsyaAllah, ada rezeki dapat la duduk rumah sendiri nnti. Tak kisah la sewa atau beli kan. Janji dapat berdua pastue bertiga pastue berkembang lagi.Bestnye!Amin..InsyaAllah semoga sentiasa dipermudahkan:)


Kuih Tart Sedap



Rezeki..rezeki..Belum habis minggu pertama puasa dah dapat macam-macam kat opis ni.Aritu telekung, hari berikutnye dapat pulak Kuih Tart sedap dan CD surah al-quran.Alhamdulillah



Kuih Tart @Quetart ni memang every year kami akan dapat sebab 1 of our boss besar memang suka dengan kuih ni so dia bagi kat anak-anak buah die jugak. Tak silap kedai ni dekat KL Sentral. Ann memang kurang sikit kuih tart ni tapi tart nenas ni sedap jugak la.Every year tak payah order, tunggu je sebab tau akan dapat.Hiihih.

CD surah-surah pilihan tu pulak tahun ni opis 'senior' buat sendiri dan ke staff-staff. Bagus dengar sesambil buat kerja ni. Dapat la kite membaca al-quran sekali.kan??

Terima kasih pada yang memberi.

Jul 26, 2012

Penat shooting dengan Adam


Penat rupanye shooting ni eh. Nak amik scene parking kereta jek pun dah bape kali cut action cut action. Tu belum lagi scene yang ade dialog. Dah la time-time puasa ni kan. Bertabah jek la bila jadi pelakon tu.Kalau xberlakon, takde duit masuk pulak.

Hihihi. Cakap macam ade pengalaman jek kan. Ni Ann tengok orang shooting semalam kat depan opis.

Yang berpayung tu betul2 sebelah kereta saya.


Pastue pindah ke sanun pulak..Rasanye tengok krew tu lagi penat kot.Muka memasing letih jek. Kejap ke sana ke sini ke sinun.

Dok tunggu-tunggu jugak sapa pelakon nye.

  Ha...nampak tak tu.




Sorry ni jek zoom paling dekat yang boleh, guna tepon biase2 je..Dapat teka dah???



Adam Nur Kasih a.k.a Remy Ishak lor..Lain nampaknye.Macam lagi kurus dan cerah???Macam la sebelum ni pernah tengok dia face to face kan.Hihih..Heroin xde pulak masa ni.Gaya macam cerita lawak lawak jek.

Lepas settle kat parking, diorang masuk shoot dekat dalam klinik gigi tu. Tak dan la nak bergambar dengan Adam.Tengok dari dalam opis je.

Kat kawasan opis ni memang selalu org buat shooting. Aritu Johan a.k.a Botak shoot kat lorong belakang ni. Sebelum2 tu ade Aaron Aziz tp tu kwn opis yg ckp die perasan kt kedai dekat2 sini.Kalau Ann yang nampak, knpom2 Ann nak jugak amik gambar saing;p

Selamat 27tahun


Semalam genap la umur Ann 27tahun..Wahhh..macam xpercaya jek dah 27 dah umur kite. Rasa macam baru ritu abis study.Keje pun dah 4thn dah rupenye yea.Rasa macam budak-budak jek lagi.Hahahah. Cuma belum jadi mak budak jek.InsyaAllah:)

Terima pada semua yang wish dan mendoakan saya..semoga kawan-kawan, keluarga dan suami tercinta sentiasa dirahmati dan diberkati olehNYA. aminnn...

Tq Cik B untuk hadiah manis ini

Semoga amalan ku, iman ku dan ibadah ku makin bertmbah teguh dan kuat...Amin

Jul 25, 2012

Seronok dengar, semoga sempat ke sana


Bulan lepas seorang officemate pergi menunaikan umrah dengan keluarganye. Seronok tengok die buat preparation lepas tu tengok gambar dan dengar cerita serta pengalaman dia semasa di sana. Sangat-sangat teruja.Yang dengar ni pun dah teruja apatah lagi yang dah sampai ke sana kan. Tu yang ada sampai xnak balik ada yang tiap-tiap tahun nak pergi umrah atau haji.


SubhanaAllah..keadaan masjidil haram selepas solat maghrib..(kredit : fb opismate)


Terima kasih sahabat bagi kami sejadah yang macam tilam dengan pashmina yang lembut sangat.Oh, dan juga air zam-zam. Tenang!



Semoga kami dimurahkan rezeki dan diberi kesempatan untuk ke sane nnti..amin..insyaAllah.

Jangan cepat menghukum



Banyak lagi situasi-situasi lain.. Dalam tak sedar kita bercakap atau berfikir tentang orang lain sebenarnye orang lain pun membuat perkara yang sama terhadap kita. Menjadi lumrah hidup bila kita tak dapat nak lari dan menutup kata-kata yang tidak elok dari mereka tapi atas kuasa apa yang kita ada untuk berbuat sedemikian.

Cuba belajar untuk bersangka baik dan menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan keaiban semula pada diri sendiri kelak.InsyaAllah

Jul 24, 2012

Berbuka bersama mertua dan ipar


Yang bezanya kalau dekat rumah Ann, ktorg 5 minit before waktu berbuka memasing dah stnd by kt meja makan, dah mula amik atau cedok lauk mane yg nak. Kalau kat rumah mertua, time azan takde orang lagi kt meja.Huhuh.Pelik sikit tapi tetap meriah dapat makan reramai.



Ada cucuk2 yang beli di Param Sabak, rendang ayam kampung, sayur campur, sambal taun, kerabu perut, sup tulang , bubur jagung, roti john. Air sirap selasih dan laici kang. Oh, ade mee hailam jugak. Banyak giler kan. Tapi Ann sorang jek buka makan nasi yang lain dok makan mee hailam. Hahaha. Buka la sangat, orang tak puasa kelaparan wooo. Tak bangun sahur tak makan siang tu. Memang menahan tunggu buka.


Alhamdulillah, dapat jugak berbuka sesame kan:)

Budak tak puasa ni. Aktif sesangat. Muka duplicate ngn cik ajan nye;p


Pasar Ramadhan Sabak Bernam


Tahun ni tahun kedua berpuasa sebagai suami isteri tapi pertama kali berpuasa bersama mentua.Tapi saya cuti. Hihih.Awal-awal Ramdhan dah dapat cuti abisla nnti I raya awal la uols. Eh, xmo la. Kalau boleh nak puasa sampai raya jugak. InsyaAllah:)

Ari Sabtu haritu kami pergi la pasar ramadhan a.k.a param sabak bernam. Ada la dalam 15 ke 20 minit jugak dari rumah. Ada jugak param dekat dengan rumah tapi xbanyak kedainye. Param kat Teluk Intan pun ada tapi lagi jauh kot. So, pergi la kami ke Sabak Bernam dengan anak-anak buah.


Suasana param pukul 6petang


Macam-macam kaler ada


Ayam bergolek-golek





Panjang beratur kat kedai popia ni

Takde target apa-apa pun datang sini.Ntah la. Macam tak berapa ada selera nak membeli pulak. Jalan-jalan saja tapi ada la beli sikit-sikit.

Cucuk-cucuk favourite sebab nampak pedal ngan hati.Nyummm3!


Beli 5 cucuk dengan lai ci kang dan kuih-muih.


Rezeki...Tiap tahun mesti dapat



Alhamdulillah...sejak kerja dekat sini dah 4tahun 2 bulan, setiap kali ramadhan mesti ada jek bos2 bagi sumthing. Tak kisah la makanan ke barang ke kan. Tahun ni dapat telekung. 2 tahun berturut-turut rasanya dapat telekung.


Pink kaler..Mekaseh bos:)


Jul 23, 2012

Macam duit mainan pulak


Dah mula kan keluar duit baru sekarang. Akak Ann ritu bwk balik la duit baru kalau ada yang nak tukar.Ann pun saja menyibuk la nak tukar 50rgt je. Pastue sayang pulak nak guna.Hihihih.


RM100, RM10,RM20, RM5 dan RM1

Diorang cakap RM20 yang orang dok sibuk nak sekarang ni.Kaler oren gitu.Pastue duit-duit ni macam lagi panjang ckit dari dulu lama. Duit RM50 xde (xtau la memang xde keluar yang baru ke mmg xde ke ape). Cantik pulak purple RM100 tu kan. Macam duit saidina kan??

Raya ni ramai la dapat duit baru. Seronok la budak-budak. Yang tak budak yang xsonok kene keluar duit.Hihih.Xpe, bukan selalu pun kan.Dulu kte dapat, sekarang turn kte pulak kene bagi.

Giler Ulam


Kami suami isteri memang giler ngn ulam..Selalo nye geram tgk petai, jering dan kacang botol. Cik b suka juga ngn pegaga, Ann kureng tapi still boleh makan lagi la. Serious kalau nampak petai berjuntai tergantung kt kedai-kedai tu kan, mesti nak beli. Tapi petai pun ade musim kan. Kalau bukan musim die, mahal woo.1 ikat 2 papan RM5. Jering pun ada musim jugak.


Tempat favourite kami kalau cari ulam ialah dekat chow kit. Pergi malam-malam, parking jap tepi jalan tu kan ada banyak kedai-kedai sayur dengan buah-buahan. Rambang mata:)

Petai 4 papan RM5..Jering sekilo RM4

Semua dari hasil tangkapan cik B..Hari-hari la kite makan ulam. Terbaik!!!Bertambah-tambah makan dengan ulam ni.


Korang suka makan ulam x?

Jul 20, 2012

Selamat datang Ramadhan





Semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna..Mohon maaf segala salah dan silap yea kawan2..

Makan-makan sebelum puasa


Walaupun kami adik-beradik ni duduk area Kl dgn Selangor je tapi nak kumpul sekali semua agak la susah sebab memasing sibuk dgn kerja kan. Jadinye sempena bulan puasa esok, kami pakat la nak together-gether last Saturday. Tema potluck. Masing-masing bawak makanan sendiri, sekali kumpul penuh meja makan. Semua makan tersandar kekenyangan. Hihihih.


Separuh dari makanan yg ada

Ann beli Sate Samuri, teringin nak makan sate perut. Along bwk nasi ayam pasar keramat. Alang bawak KFC. Angah bawak kek.(kek red velvet beli kat pasar tani Setiawangsa, sedap sangat). Banyak kan makanan?Sambil makan sambil borak2, tak sedar byk dah makanan sumbat dalam mulut.Hihih..

Nti boleh buka puasa saing pulak:)

Jul 19, 2012

Mengidam tahap agak kritikal



Raja Buah ni membuatkan Ann mengidam (bukan versi orang mengandung) sangat


Lama menahan nak dapat durian ni. Menahan bukan sebab ape tapi kami husband and wife ni demam tak sihat badan berganti-ganti. So, menunggu memasing sihat baru la dapat nak makan durian ni, kang ade pulak yang meleleh air liur nengoknye kan.


Dua kali ok pergi makan durian ni dalam selang sehari. Kali pertama makan dekat shah alam, dekat dengan I-City. Nak jumpa kawan-kawan alang-alang melepak la kat situ. Masa ni keluar solo molo cik B keje. Heaven betul bile durian tu masuk dalam tekak ni.Amik 3 biji, kami bertiga tak puas oo makan. Mahal la durian kat kedai tu tapi ramai jek orang datang beli.


1 kilo RM15.Mahal kan?dah pilih, orang tu dah siap-siap belah baru tau mahal..Hahahha..Nampak sangat memasing tak tau kan. Mekaseh pada yang belanja.*weee*


Msg cik B cakap makan durian, dia tak puas hati. Ann pun tak puas lagi makan. So, selang sehari kami suami isteri pergi la mencari dekat Sri Rampai tu malam gerimis redah jek la.


Terbaik kedai ni. Banyak pilihan, murah, sedap, servis bagus wooo:)


Kusyuk makan..Sebaik masa ni hujan dah stop.


Alhamdulillah dapat jugak makan durian before puasa. Oh lupe pulak sebelum mula sesi makan durian ni, rasa mengidam tu reda sikit bila dapat makan pulut durian dekat rumah kenduri kawin.Sedap wooo pekat betul pulut durian tu. makan dengan ayam goreng. teringat pulut ayam goreng padang besar.Yummy!


Hingga menjilat jari


Nak makan durian lagiiiiii!!!!;p

Rawang Burger Bakar


Orang dah berapa kali makan, kita baru terhegeh-hegeh kan. Sebaik boleh call order dulu, tinggal datang ambil jek. Tq alang, belanja kami. Hihih sebab okid (anak buah) nak, yang lain pun nyibuk skali la.
Order burger daging yang biasa je.Take away.





RM8


Memang burger die semua ade sayur eh kt dalam??


Mmmm..xtau la sebab salah pilih burger ke ape tapi rasa macam kureng kick lor. .Anak-anak buah makan pun xabis, diorg ade sayur lagi la ssh nak makan.Huhuh..

Jul 18, 2012

Kebaya Nyonya Cantik



Entry nak buat business pulak harini. Tolong my SIL promote business yang baru On 4 hari. Kite nak membeli xberdaya.Hahahaha..size celah mane pulak nak dpt kebaya ni kan. Kawan-kawan kalau ade yang berminat, kalau xnak pakai untuk diri sendri untuk anak-anak ke anak buah ke untuk hadiah ke sapa-sapa jek la boleh la singgah ke kedai Kebaya Nyonya di parking lot Carrefour Wangsa Maju.




Kebaya untuk kanak-kanak..cute sangat:)




Model kebaya kita..hihih


Sudi-sudikan la yea teman-teman untuk singgah, tak beli pun xpe tengok cuci mata pun boleh;)

Jul 13, 2012

Makan dalam kuali


Sape pernah makan dalam kuali??Ann memang macam xbape suke la makan dalam kuali ni, tapi sebab saja la nak mencuba plus dah tak tau nak makan ape pun masa pergi Wangsa Walk haritu. So, kami pun decide nak makan dalm kuali a.k.a Little Wok.Hihih..


Sesuai untuk yang minat menu ala-ala Chinese food


muka control lapar ni, tak sabar nak ngap


Tengah2 tunggu makanan sampai, dengar pulak orang dok nyanyi kan..sekali dengar macam Shila Hamzah, 2 kali dengar pun macam Shila Hamzah jugak.


Betul la...Shila tengah perform untuk Karnival Pengantin dekat Wangsa Walk


Alaaaa...xboleh la tengok karnival pengantin ke pesta pengantin ke tengok gambar org kawin ke video ape2 la yang related dengan wedding, mesti punya rasa nak wat majlis lagi sekali.:)


Ann order Chicken Wing Fried Rice ( ayam mesti ade;p)..Blh tahan


Fu Yong Egg name gempak sebenarnye telur dadar jek tapi sangat besar dan banyak isi dan tebal,RM12 ok:p


Cik B order Bitter Gourd Rice, nasi peria..euwwwww...hahahah..ok la ade daging ayam black paper sikit(lupa pulak amik gambar, nampak nau lapar dah memasing kan)


Total RM30++


Let's Celebrate Life..One Child One Hope



Terima kasih kepada sahabat yang sudi bagi kami tiket ke Charity Concert ni. Concert hari sabtu, ari jumaat malam baru member bagi. Dia last minute xdapat nak hadir, jadinye die pass ke kami. So, kami On jek la walaupun cik B masa tu tengah xberapa sihat.


Mulanye berbelah-bagi jugak antara pergi dan tak. Walaupun tiket dapat free tapi sayang pulak RM300 tu. Takpe, kite pergi jek kalau tak best kite balik la:)


Bertempat di Plenary Hall, KLCC Convention Center. Merasa la jugak masuk sini. kecik sikit dari PICC.


Dirasmikan oleh Raja Muda Perlis

Actually concert ni dianjurkan oleh Smart Reader Kids di samping menerima anugerah dari Malaysia Book of Records sebab mempunyai rangkaian tadika yang banyak di Malaysia dan juga mengumpul dana untuk charity mereka la. Seramai 1000 lebih pelajar yang melibatkan diri dalam persembahan malam tu.


Nyanyi lagu tema Let's Celebrate Life..Not bad 


Comel tengok budak-budak ni buat persembahan, macam-macam gaya mengerlip make-up memasing


Adibah Nor as a MC. More exciting sebab dapat dengar die nyanyi. Memang sangat superb!


Kami sangat seronok malam tu. Rasa macam tengah tengok anak sendiri wat performance.Hihih.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah