CHERITERA KAMI...: June 2012

Jun 29, 2012

Sutra Beach Resort, Terengganu


Dari Kelantan kami ke Terengganu pula, plan nak stay 2 malam dekat Terengganu ni. Sangat tak sabar nak tengok laut dan pantai dekat terengganu yang cantik. Mula-mula plan nak pergi Pulau la konon kan. Tapi tak jadi la. Kita cuti-cuti kat darat jek la dulu, ada rezeki next time kite pergi pulau plak yea B:)

Ann pilih Sutra Beach Resort ni sebab terpesona dengan view dan kedudukan resort ni yang betul-betul tepi pantai, pantai suka dengan pool yang infiniti view tu kan. memang dah target dah nak stay dekat sini. Dan kami buat online booking thru asia room.com.


At first Ann booking standard room. Pastue bila search balik semua,eh nak tukar la deluxe room. So, masa cek-in tu Ann saja la tanya boleh tak nak upgrade bilik dari standard ke deluxe. Pastue diorang cakap boleh. The best part is kami bayar harga yang sama dengan harga standard room tapi kami dpt upgrade ke deluxe room. Best kan?!!Selamat la duit 100++ tu.Hehehe.



Kami dapat bilik bawah, tak jauh dari main area dan yang penting seaview!



Agak sedih sikit la sebab Ann tengok facilities kat sini macam dah tak berapa jaga sangat. Kayu-kayu yang dah nampak mereput. Tapi still bersih la kawasan bilik dan resort ni.Oh yea, wifi dekat restaurant sahaja. tu pun slow kata cik B.


Toilet..mmm..nampak karat-karat sikit..Senang cerita look likes macam tak dijaga dengan bersunnguh-sungguh.





Ape-ape pun semua yang tak ok tu lenyap when it comes to



SubhanaAllah...tenang, damai..Rasa nak duduk puas-puas kat luar ni. yang nampak kecik sane tu, Pulau Badong.






Swimming pool..Boleh berendam dengan pakaian bebas. Tak perlu nak berswimming suit. Itu yang best. Dah la tak ramai orang. Heaven!





 Itu ialah restaurant sutra dan sebelah kanan yang link ke restaurant tu ialah lobby



Pasni sambung cerita di terengganu pulak yea:)

#entry tanpa gambar kami sebab Ann dah excited mengadap laut dna tak pikir nak posing ke ape. Cik B la amik gambar sensorang:)


Pasar Besar Rantau Panjang


Lepas cek-out, pakat-pakat dengan kawan cik B nak konvoi ke majlis kenduri kawan sama belajar diorg di Ukraine dulu kat Pasir Mas.

Ann jek bukan doktor...hihihih..Tahniah Dr. Amir & wife:)

Siap makan-makan yang sedap semua tu, cik B ajak pergi Rantau Panjang pulak sebab masa otw pergi rumah kenduri ni Ann perasan la signboard Rantau Panjang tu dalam berapa km jek. Macam tak jauh la. Then cik B offer, nak pergi ke..dah alang-alang ni. Ann pun On jek. Bila lagi kan sampai ke sini.

Otw tu jugak , Ann ternampak 1 masjid bersenibina China. Ok.Ann tak tahu pun dekat Malaysia ada masjid camni. Tetiba rasa macam ada kat China.Hehehehe. Singgah kejap utk amik gambar je:)

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang di dalam jajahan Pasir Mas, kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Perjalanan diteruskan.

Sampai dah dekat sempadan. Kedai banyak tutup sebab hari Jumaat.


Pasar Besar Rantau Panjang, Kelantan


 Macam-macam makanan ada.Teringat pulak masa pergi Padang Besar tahun lepas.








Mm..rasanye Ann beli tudung jek sehelai kot. Harga lebih kurang dengan sini tu pun dah abis tawar.Tak boleh nak beli brg banyak sebab lepas ni percutian masih bersambung lagi:)






Jun 28, 2012

Pagi Jumaat di Kota Bharu


Lepas breakfast, kami plan nak berjalan-jalan kejap dekat area hotel tu. Hari Jumaat, belah pantai timur cuti kan.Bagi yang dah tahu dan dah biasa, mesti ramai yang tertunggu nak datang Kota Bharu hari Jumaat pagi sebab selalunya ada ceramah oleh Nik Aziz dekat Dataran Ilmu di Bangunan Pas.

Actually Ann pun baru tau, cik B yang cerita pasal ceramah ni.Kebetulan Habib Hotel yang kami stay tu memang dekat sangat, selang 1 jalan jek dengan area ceramah tu.Masa kami cek-in hari khamis, pihak hotel siap bagi memo dan pesan la yang hari Jumaat parking akan penuh kat kawasan sekitar tu. Jadinya kalau nak keluar ke ape better alihkan kereta ke kawasan yang senang keluar. Ann pun excited jugak la nk pergi tengok camna keadaannye sebab diorang cakap memang penuh dan ramai sangat orang.

Tapi nak dijadikan cerita, Jumaat pagi tu hujan dari. So, takde la ceramah tapi pasar tetap ada, ada la orang jual-jual. So , kami just jalan-jalan jek la dekat pasar tu.


Jalan ni la yang dikatakan memang akan sesak setiap Jumaat pagi nak mendengar ceramah Nik Aziz






Macamnila keadaannye bila ada ceramah tu. Kredit pic : Google








Macam-macam ada jual..tudung, baju, kain, madu asli, ubat-ubat..macam-macam ragam pun ada. Mintak maaf la Ann kalau orang cakap loghat Kelantan pekat memang tak paham tapi seronok juga dengar:)





Jom balik hotel, siap-siap cek-out nak pergi makan kenduri pulak:)

Jun 27, 2012

Celup tepung


Sebab dah lame giler xdatang pantai timur ni sampai tak tahu dekat sini memang famous da amous dengan celup tepung yang pelbagai. Masa di Pantai Cahaya Bulan ni la.Berderet kedai-kedai tepi pantai tu semua jual celup tepung ni, nampak kuning oren jek banyak.Hihihih.Pastu mula la rambang mata nak pergi kedai yang mana. Dah tentu pergi kedai yang nampak menarik dan ramai orang kan





Kan dah rambang mata, nak pilih yang mana ni..Huhuhuh..Ada macam-macam ikan, sotong,fishball macam-macam la.



Sotong sihat-sihat belaka, memang kenyang la makan ni.Lupekan pasal kolesterol yea.Hehehe. Kuah sos tu pun sedap. Masa mula-mula pilih ni pun Ann tak tahu, macam blurkan akak yang jual tu tengah sibuk benau menggoreng.Ann pun lepas dah pilih-pilih terus bawak meja. Pastue akak tu datang amik balik, die cakap kene panaskan balik.Huhuh.Mane la kami tau.Tapi memang la kan, kalau tak panaskan tak sedap la, yea dak?



Makan bersama air kelapa yang sedap giler ni,memang terbaik la.Ikutkan rasa tamak ni memang nak bawak balik tapau 1 tapi takpe.Memang dah penuh betul perut time tu.




Wife aku ni makan jek kejenye..tapi takpela camne rupa pun, B tetap sayang sayang.Hahahha..Perasan sudah:p

Stay kat sini sampai ke Maghrib jugak la.Lepas balik hotel.On the way tu pusing-pusing kejap pekan tu dan singgah pasar malam dekat dengan Pasar Siti Khadijah.Tak beli ape pun.Saje cuci mate.






Jun 26, 2012

Pantai Cahaya Bulan



Dulu dikenali dengan Pantai Cinta berahi...auwwww..sape la letak name ni, sensored.Huhuh...Sekarang dah tukar Pantai Cahaya Bulan, PCB.





Senja nan Merah


Best angin Laut China Selatan ni sebab kuat, berangin dan nyaman!






Menghayati ciptaan Maha Esa bersama insan tersayang, awesome kan:)



Habib Hotel Kota Bharu


Kali ni nak share tentang kisah cuti-cuti kami ke Pantai Timur pulak. Takde la peram lame sangat pun cerita ni. Still fresh lagi.Hiihihih..Gambar agak banyak, jadinye akan banyak la entry berangkai.Sudi-sudikan la membaca:)

Kami cuti ke Kelantan ni kebetulan saing dengan majlis perkahwinan kawan cik b, so dah alang-alang kite jalan skali la kan. Just 1 nite saje di Kelantan. Lama giler tak sampai sini, last skali masa sekolah rendah.Kami pilih Habib Hotel , Kota Bharu. Dekat dengan bandar senang nak jalan. Nak pergi rumah kenduri pun tak jauh.Hotel ni pun baru-baru launch.Macam biase, ktorg memang suka pergi hotel-hotel baru ni;)


Parking pun senang tepi jalan je.Actually Habib Hotel ni kepunyaan Habib Jewel. So, ada la kedai Habib Jewel sebelah Habib Hotel ni.Hahaha...bape banyak habib daaaaa...


Reception area. Tepi tu lift yang comel. Total ada 3 tingkat kot tak silap.


First time kami buat booking melalui booking.com.Harga 1nite campur tax semua RM133.62.


Condition bilik sangat selesa. Penat-penat drive 7jam kan, memang bagus la nak rehatkan badan.






Harga bilik include breakfast. Pilihan makanan tak banyak tapi ok la. Tengahari tu nak pergi rumah kenduri pulak kan kenela simpan perut.

Memang Ann recommend la hotel ni.Bilik selesa, servis bagus.




Klik habib hotel untuk info lanjut.


Jun 25, 2012

Oh begitu ceritanye...Mimaland



Siapa tau Mimaland?Siapa pernah pergi Mimaland?

Mimaland ni zaman Ann kecik-kecik dulu memang famous la sebab dulu takde Sunway Lagoon, takde Wetworld takde taman tema air yang banyak macam sekarang ni la. So, kalau kami adik-beradik nak p mandi pool ke nak pi tgk dinasour replika atau macam-macam lagi permainan, mak ayah bawak kami pergi Mimaland , Gombak ni la.Ann pun tak berapa ingat sangat pasal Mimaland ni tapi kalau belek-belek album kecik-kecik dulu memang ada la gambar ktorg kat sana.Kalau tak silap dalam tahun 80-an camtu dah ada Mimaland ni.

Camnila rupenya..Lagi satu daya tarikan sebab ada gelungsur air terpanjang di Asia Tenggara

Pastu terus senyap pasal Mimaland ni, Ann ingat lagi pernah la tanya mak ape jadi ngan Mimaland ni.Mak cakap dah tutup tapi tak tau kenapa. So, tadi ada kawan post 1 link pasal Mimaland ni. Rupenye ada kisah disebalik. Ada 1 tragedi yang meragut nyawa dan 1 lagi sebab ada berlaku tanah runtuh. So, Mimaland tu xselamat dan diarahkan tutup. Pastue ada jugak cakap memang kawasan Gombak kat situ agak keras.Macam-macam kejadian katenya.Ni semua ape yang bace dekat Google yea.


Beginila rupa Mimaland setelah ditutup dan ditinggalkan.memang teruk semak bagai. latest Ann ada baca, kawasan ni dah berpagar.


Sayang sebab tempat menarik tapi maybe kawasan tak bersesuai dan mungkin juga pengurusan yang tidak bagus.

Asam Pedas Hajjah Mona Kota Laksamana


Lepas cek out dari Hatten Hotel, saja nak try asam pedas kat kota laksamana. Disebabkan asam pedas claypot tu tutup, kami pergi Hajjah Mona Asam Pedas.




Tak sure la kami ni datang lewat ke atau awal ke sebab memang xbanyak pilihan. Ada asam pedas ikan pari dengan ape ntah ritu, tak ingat.

Asam Pedas Ikan Pari


Sejujurnya komen dari orang Melaka ni, hurmmm...tak mengancam la asam pedas dia. Ada kurang rasa kat situ. So, makan pun sebab lapar.Hahahah.Komen mengikut tekak memasing la kan. tapi memang kureng la.



Nnti kita try asam pedas claypot pulak yea B:)

Surprise birthday untuk suami


Lanjutan dari video surprise haritu,kali ni kasi close-up lagi ape yang berlaku:)

Actually birthday cik b middle of Jun haritu, dan surprise birthday ni berlaku end of May. Memang in advance betul la dalam 2weeks camtu tapi sebab Ann pikir cik B dah cakap awal-awal die susah nak cuti on Jun pastue macam lagi senang kot nak plan buat awal mesti cik B tak dapat agak punya kan;)

Kebetulan kami pergi short vacation kat Hatten Hotel Melaka , tiba-tiba idea datang why not celebrate je kat situ. So, Ann pun call hotel tanya la diorang provide tak service ni just nak buat simple-simple jek. Decorate bilik ckit dan 1 piece of cake pun dah cukup. Yeala, kami berdua jek kan. At first memang a bit kelam kabut la sebab macam few staff yang incharge. kejap orang ni call, jap lagi orang tu call. but end-up Ann berurusan dengn Cik Wawa, asstnt manager. Memang bagus la PR and service dia. Ann plan masa cek in tu masuk-masuk bilik dah terus jadi la surprisenya but Wawa suggest why not masa cek in tu buat biasa-biasa dulu nnti bila keluar petang tu roger dia, nnti dia akan masuk blk la utk set-up surprise ni. Ann pun ok jugak tu kan. Sebab asalnya tak sure nak keluar ke tak petang tu, tapi nasib baik la plan nk pergi jumpa adik kami tu kan. Seminggu tau tahan debar ni, jadi ke tak camne la diorang ni nak buat nnti. Pastu nak tahan rahsia la dengan cik B.Wuishhh...memang tak leh nak buat keje lain la.

Bilik Ann request seaview, diorang bagi bilik hujung yang privacy dan tersorok. I Like!Siap Wawa ni escort la kami naik bilik masa cek in ritu. Ann dah gabra jugak takut cik B pelik ke kan. Yeala, siap berescort bagai.Hihih. Wawa memang dah cakap we will treat you as a VIP guest.


Masa cek-in.sambil tu sempat tanya Wawa macam mana dengan preparation semua. sebaik cik b sibuk ambil gambar;)


Then malam tu pulak lepas hantar adik balik rumah, cik B ajak jalan-jalan dekat Jonker Walk. Ann memang la nak tapi time tu dah pukul 10lebih, Dah tak menahan dah nak surprise. Ann yea kan aje la masa cik b ajak kan. Cik B cakap kita cari dulu parking dekat-dekat situ kalau takde parking kt hotel la. Fuhhh..sebaikla parking takde.Haahaha..memang berdoa jek la dalam hati ni. Sebaik jugak, ada barang nak hantar pergi bilik. Cik b suruh Ann tunggu bawah je biar dia sorang naik bilik hantar barang. tapi Ann cakap, takpela nak naik jugak. Nak pergi toilet, sakit perut. memang sakit perut pun masa tu.Hihih.Bertambah debar dari dalam lift nak sampai ke bilik.Sbaik cik B yang bukak pintu.Ann kat belakang tertinjau-tinjau jugak ape la jadi kat dalam tu.End-up sendiri pun speechless.Memang tak sangka.

Weeeeeeeeee~~




Sangat suka dengan deco ni:)

Request 1 slice cake tp dapat sebiji cake..rezeki, sedap pulak tu:)






Kalau ada bath tab ni lagi syok kan:)


HAPPY BIRTHDAY B!Surprise kan b kita sendiri pun tersurprise jugak dengan outcome macam ni


Tq Wawa..Great Job!

1324..cool number, great short weekend getaway!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah