CHERITERA KAMI...: Syawal 15 Raya Sampai Pengsan

Sep 6, 2012

Syawal 15 Raya Sampai Pengsan


Lepas Jamuan raya dekat masjid, kami sefamily sebanyak  4 kereta ada misi besar untuk berjalan raya secara berjemaah. Ni cover berapa tahun punya beraya. lame jugak la ktorg xbuat aktivit camni. niat nak beraya tu ada, tapi bukan senang nak kumpul 1 family nak beraya bersama kan.Ade jek la hal memasing. Alhamdulillah, tahun ni dapat jugak kami together2.

Rumah pertama,rumah nenek sedara dekat Taman Permata. Ni ikutkan rumah wajib Mak la akan pergi kalau ktorg xteman pun, mak selalo every year akan singgah rumah ni. Dekat jek kan. Kul 12tghari dh sampai sini.Masa ni kami, Mak ngan family angah je.



Lepas tu blk rumah, pas zohor dlm kul 2 gerak g Petaling Jaya pulak. Rumah pak long, abang ayah Ann.Time ni complete la 1 family. Semua ada.


Makanan memang terbaekkkk giler. Memasing laju jek tambah. Rendang, serunding, mee kari semua la sedap!Same tak muke pak long ngn ayah Ann??Selalu la ada tersilap panggil ayah Ann Dato'. Hihihi..

Tepat waktu asar, ktorg sampai ke rumah ke3 di Pantai Dalam. Ni pun nenek sedara jugak. Melawat beliau yang kene strok separuh badan. Semoga nenek cepat sembuh yea..aminnn.Takde gambar dekat sini.

Rumah seterusnye ke Mahkota Cheras pulak, rumah Pak Uteh. Adik ayah yg ke 6.

Mee Goreng Super Hot Gojes!Walaupun pedas, tapi laju jek makan.Kat sini dah slow sikit la sebab perut still full tank lagi.

Maghrib ktorg sampai dekat bangi, Rumah Achik adik ayah ke-4.Pun xde gambar, sebab dah malas. Kekenyangan. Achik pulak serve sate. Dalam tak nak tak nak tu berapa cucuk jugak la selamat masuk mulut. 

Lastttt sekali, rumah Pak long belah Mak. Ni pun dekat bangi jugak. Menu cam biasa la klu dtg rumah Pak Long ni, Sate kajang mari dengan Mee Hailam.Fuhhhh...rezeki jgn ditolak kan. Orang dah jamu kite, sikit pun kene la jamah jugak.Alhamdulillahhhhhh....




Bulan mengambang baru la balik ke sarang masing-masing.Hihi.Kul 10malam jugak la sampai rumah. So, total 6 rumah ktorg settlekan dalam setengahari.Alhamdulilah.InsyaAllah lain kali boleh dtg lagi. Terima Kasih pada yang sudi menjamu kami dengan hidangan yang enak2 semuanye.

2 comments:

Chekgu Azrine said...

beraya dan makan sakan nih!!hehe

Ann@zanyra said...

Chekgu Azrine : tuelanyee..kali ni mmg sakan giler ry..syookk..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah