CHERITERA KAMI...: Tanjung Bidara Beach Resort

Aug 3, 2012

Tanjung Bidara Beach Resort


Tanjung Bidara ni tempat port Ann and family time matrik dulu. Kalau mak ayah dtg visit anak die kat kolej, pastue mesti bermalam kat sini.Dekat ngn kolej, senang skit kan.

Baru-baru ni saja la pergi jenguk sebab dengarnye dah direnovate sebab tengok kt website die still gamabr yang lame kan. So, alang-alang ade kat Melaka aritu, singgah la sekali.



Ade deluxe room dan chalet. Deluxe room pulak ade garden view, ade seaview.

Katil memang single utk semua deluxe room (ni bilik garden view)


Deluxe room seaview

garden view dan seaview

Semua chalet ada 2 bilik tidur, 2 bilik air dan kitchen.Chalet di kawasan berbukit.Berangin.best!

Boleh parking terus kereta dekat chalet



Baru jumpa queen bed dekat chalet:)


Kitchen


Living room yang comel. Semua deluxe room dan chalet ada LCD tv dan astro kalau tak silap.


VIP chalet.Satu-satunye chalet 3 bilik. Betul-betul tepi bukit mengadap laut.Bahagian dapur tukar jadi bilik yang ketiga. So, xdela dapur utk chalet ni.


Restaurant dan swimming pool


Ada gate untuk exit ke pantai. Kalau nak buat sukaneka ke ape, semua kt pantai ni. Gate ni kate staff resort, malam akan tutup. tapi boleh mintak staff bukak kalau perlu.Sebelah tu deretan ke sebab pantai ni kire public area kan. So, weekend tentu meriah.


Senarai harga untuk deluxe dan chalet. Berpatutan!


Buffet ramadhan pun ada..Katenye sentiasa penuh jugak. Makan tepi pool ok.Boleh la cuba untuk sesape yang berminat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah