CHERITERA KAMI...: Baru nak sibuk shopping raya

Aug 8, 2012

Baru nak sibuk shopping raya


Weekend baru ni baru kalut nak pi bershopping bile dok berkira-kira tinggal lagi sekali weekend kalau nak bershopping selain nak amik risiko shopping malam raya.Huhuh.Memandangkan cik B pun hanya cuti Sabtu atau Ahad, baik settlekan mana yang boleh dulu. Nanti dengan nak servis kereta, nak polish kereta. Bile dah list semua tu, rasa cuak pulak.Ada raya pkai baju tidur.Boleh??Kih3..

So, ahad aritu first sekali pergi Bukit Jelutong. Ni pun pikir banyak kali jugak nak pergi ke idak pergi ke idak. Sebab jauh kan.Kononnye nak tengok in real la baju yang Ayra Collection jual secara online, die open kat butik selama 2 hari.So, sesapa yang berminat nak try test nak tengok sendiri koleksi-koleksi mereka boleh la pergi butik kt Bukit Jelutong tu. Sebab Ann memang ada berkenan ngn 1 baju ni, rasa nak pergi try sendiri lagi puas hati kan. Cik B pun On je.


First time sampai Bukit Jelutong. Alhamdulillah, jumpa la baju yang dicari. 

Dah settle 1 perkara, nak shopping utk cik B pulak. Plan nak ke PKNS tapi bertukar ke Setia City Mall sebab lagi dekat. Nak ke Space U8, katenye xde ape-ape.


First time jugak sampai sini;)

Setia City Mall, Setia Alam


Ramai wo orang. Dengan sale sane sini sinun. Oh, ade Parkson!Shopping utk cik b dulu.
Dapat kemeja dan seluar. Mall 3 tingkat, ada GSC kedai-kedai yang macam-macam. Jenuh jugak nak berjalan. Tapi 1 yang orang suka datang sini, sebab ada padang / taman depan mall ni(lupe nak amik gambar). So, ramai jugak la orang dok lepak santai. Penat teman wife shopping, suami ngn anak-anak boleh bersantai-santai dekat padang tu. Cool!;)


Parkson promotion


Voucher RM10, minggu ni boleh guna sambung shopping lagi:D

Jumpa handbag menarik hati, tapi kene tahan nafsu. Baru jek beli bag, tamak haloba nak beli lagi. Nampak kedai jam, sibuk nak cuci mata. Cuci jek sekadar nak bersihkan mata.Kita dulu kan mana yang perlu. Berbelanja dengan berhemah jgn sampai kene buat khemah pulak.

2 comments:

Saya Disini said...

wah bestnye

Ann@zanyra said...

Saya Disini : best duit keluar..kih3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah