CHERITERA KAMI...: Taman Tamadun Islam Terengganu

Jul 5, 2012

Taman Tamadun Islam Terengganu



Hari kedua di Terengganu, kami ke Taman Tamadun Islam. Lepas breakfast, siap2 terus keluar. Awal jugak dalam pukul 11 pagi camtu dah terpacak dekat sini.





Parking space yang luas

Tiket utk dewasa RM15 dapat sekali kupon RM3 utk pembelian di kedai cenderahati dan kupon makanan RM5(klu xsilap) di cafe yang berdekatan. Masa kami sampai memang tak ramai orang sangat, so senang hati la sebab xperlu nak bersesak-sesak. Nak ambil gambar pun senang.

Ada juga disediakan kemudahan buggy,tram dan sewa basikal utk yang penat nak berjalan pusing 1 taman ni yang agak besar. Kami pilih utk jalan kaki jek. kalau penat boleh berhenti dekat kerusi atau bangku yang disediakan.

Masjid Xian-Xian China

Cuaca masa ni agak panas dan Ann pulak muka tengah naik merah-merah macam ruam tu yang sibuk dengan payung dan kipas gaya macam puteri lilin gitu kan;p


Setiap replika masjid dan bangunan islam dalam ni ada disediakan sejarah dan keterangan yang berkaitan. So boleh la tambah knowledge.Tapi jgn tanya Ann , konpom-konpom tak ingat.Biarlah gambar yang bercerita yea:)

















Rindunye trip ke Singapore last year:D




*wink*

Ni ialah passport yang valid selama setahun (ingat pergi oversea jek ade passport ke;p). Passport ni die akan cop setiap kali kte keluar dan masuk. So kalau lain kali nak datang lagi, bawak jek passport ni nnti kte akan dapat kemudahan-kemudahan lain. FM tu Ann beli guna kupon yang dapat.


Makan alas perut gune kupon yang dapat juga. 

Kesimpulan dari lawatan sambil belajar ke Taman Tamadun Islam ni memang satu pengalaman yang baru dan bagus cuma agak mengecewakan sebab replika atau monumen yang ada macam dah tak terjaga. Ada yang pudar yang dah hitam warnanye.Kawasan sekitar masih cantik terjaga cuma air pancut untuk siram bunga-bunga tu xkene timingnye. Banyak kali terpaksa nak mengelakkan air pancut tu.Lepas tu jalan jadi lecak.Sepatutnye boleh buat kerja-kerja ni sebelum waktu operasi dan waktu takde pengunjung.

Klik Taman Tamadun Islam untuk maklumat lanjut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah