CHERITERA KAMI...: Memang fobia

Jul 4, 2012

Memang fobia



Rehat sekejap dari cerita cuti2.Mmm..Korang ada rasa fobia dengan ape-ape tak?Fobia ialah rasa ketakutan yang berlebihan pada sesuatu hal atau fenomena(sumber Wikipedia).So soklan tu sama jugak la dengan Korang ada rasa takut dengan apa-apa tak?kan??

Bagi Ann, antara yang Ann fobia ialah tempat licin. Sejak zaman study dulu kalau tak silap start masa matrik Ann memang kerap jatuh , rasa macam tapak kaki ni tak cukup grip nak mencengkam kasut tu bila lalu tempat yang licin. Hal ni terbawa-bawa sampai ke zaman study kat UTM.Wuish..rasenye kt UTM ada la 2 3 kali jatuh. Masa jungle trekking kt Terengganu dl pun jatuh jugak.Adeh.Dalam berhati-hati pun tetap jatuh.Tu yang hangin bile ade org cakap kite cuai la, tak reti nak jage la. Sapa la yang nak jatuh lagi-lagi kite yang perempuan ni. Tak kene gaya banyak masalah boleh jadi. Belum lagi rasa lenguh dan sakit-sakit yang datang. Tuhan jek la yang tahu.




Thats why la kalau Ann nak beli kasut or selipar agak cerewet nak sebab nak cari yang tak licin tapaknye, selesa dan tahan. At least, kita dah buat langkah berjaga-jaga tapi kalau dah memang nak jatuh gedebuk tu tak boleh nak cakap ape la kan. Kat rumah pulak sejak pernah jatuh tergelincir sekali dalam toilet, Ann memang berhati-hati betul setiap kali keluar masuk toilet.Masa jatuh tu, tersangat la sakit. Pinggang ni rasa macam patah pun ada, sebab xsempat nak menahan kat mana-mana sampai 2 hari MC.

Ari isnin baru ni lagi sekali Ann jatuh lagi dalam toilet tu.Kali ni sempat menahan dengan tangan so takde la jatuh gedebuk. Tapi lepas sehari dua ni baru la rs lenguh dan sakit badan datang. Semalam memang flat terus rs badan ni. Dah la kerja bertimbun dengan sakit kepala, sakit pinggang sakit tangan ni. Ya Allah....memang Tuhan nak menduga ni.Mood pun swing. Memang rasa takde mood dah.

Harini cuba menabahkan diri, sakit dan lenguh masih ada. Tangan (belah kanan) nak menulis pun macam menggigil, bawa kereta nak pulas stereng tu pun adehhh.Ann tak makan pun painkiller. Boring dah dengan drug.Rasa badan ni jadi makin lemah bile disumbat dengan ubt.Bersabar dengan dugaan ni.Semoga ada yang baik datang nnti.

Rasa nak pergi berurut la. Ada sesape sudi share dan suggestkan tempat atau orang yang pandai mengurut???

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah