CHERITERA KAMI...: Makan..Makan..Makan..Semua sedap!

Jul 6, 2012

Makan..Makan..Makan..Semua sedap!



Bila dah bercuti somewhere yang luar dari kawasan kite, semestinya kita nak cuba all the best and recommended food kat situ kan. Lagi-lagi makanan/menu yang susah ataupun takde dekat tempat kite mesti la must try.Kan?kan? Perkataan D.I.E.T tu buat-buat la tak paham.;p

Same goes masa kami ke Terengganu haritu, nampak jek yang best mesti nak cuba.

Lama tak makan tomyam putih ni, sedap!walaupun nampak oily kan, tapi still sedap.Sup tulang tu pun sedap!Daging lembut.Arghhhh...tetbe teringin nak makan sup tulang pulak. Kene masak la weekend ni.




Nama kedai memang Ann tak ingat tapi kedai ni tepi jalan bersebelahan dengan airport KT.Hahaha.Lawak, pergi sini utk dinner kan mane perasan ade airport sebelah tu. Tengah sedap-sedap makan, dengar bunyi plane dekat sangat, baru tau ade airport sebelah tu.Hihihih.Ramai juga datang makan sini.So, memang sedap la kan?kan?:)




Celup tepung lagi!Ni dekat Teluk Ketapang. Bestnye sambil layan angin laut macam dekat PCB haritu. Kali ni celup tepung die lagi sedap sebab lagi crunchy.Tak payah makan nasi, ulang order jek ikan celup tepung sotong celup tepung udang celup tepung.Maveles!




Terengganu sinonim dengan keropok lekor. Of course la tak miss nak beli. 



Kalau lalu dekat area kawasan perindustrian losong, berderet kedai-kedai jual keropok lekor dengan losong. Pilih jek mana yang berkenan.Fisrt time Ann makan keropok lekor rebus xyah goreng. Cik B la ajar.Sedap la pulak. Teringat-ingat lagi ni isi ikan yang banyak tu.




Ehhhhh...baru perasan ktorg xmerasa pun nasi kerabu dan nasi dagang lagi. Bukan rezeki kami lagi kali ni. Takpe, next time datang kite cari nasi kerabu sedap.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah