CHERITERA KAMI...: Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam

Jun 1, 2012

Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam



Last sekali jejakkan kaki di perpustakaan masa zaman U dulu.Perpustakaan Negara?lagi la..zaman sekolah rendah memang rajin lagi pergi saing dengan kawan-kawan..bacanye tidak, main jek lebih.hehehhe..

Tapi best pergi perpustakaan, selain dari buku yang banyak, boleh tgk bermacam ragam orang yang dtg ke sana. Hujung Minggu baru ni, kami berkesempatan pergi ke Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam. Tahu mengenai perpustakaan ni masa baca surat khabar bile ntah.Kalau tak, memang tak tau pun ade Perpustakaan yang hebat, moden, cantik dan selesa kat Malaysia ni.


Perpustakaan Raja Tun Uda Shah Alam (RATU)

Merupakan ibu pejabat kepada 96buah perpustakaan lain di negeri Selangor. Majlis perasmian disempurnakan oleh Baginda Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj pada 10 Disember 2012.


6 tingkat

Oh yea..untuk masuk ke setiap tingkat ni, perlu tanggalkan kasut/selipar dan masukkan dalam beg yang telah disediakan.





So, tak ada la bau-bau yang tidak menyenangkan dan tak perlu nak berebut nak letak dan ambil kasut di rak..:)


Setiap aras, ada disediakan perkhidmatan internet. RM1 sejam.


Sepenuhnya bercarpet dan sofa serta kerusi yang pelbagai...sangat selesa!






Kemudahan Gim juga ada disediakan..RM5 untuk 3jam. Dalam perpustakaan ada Gim, hebatkan!


 Pic : kredit to Google

Bahagian kanak-kanak, meliputi Reading Tree, pentas dan bilik aktiviti kanak-kanak. Di Zon Siber Bahagian Kanak-Kanak telah disediakan 8 (lapan) komputer peribadi HP Windows 7 dan 8 (lapan) komputer iMac untuk pengguna kanak-kanak melayari internet. Sudut Interatif pula merupakan sudut di mana terdapat permainan interaktif untuk kanak-kanak seperti Nintendo Wii, i-Step dan On Location Reporter.Confirm budak-budak suka punya!


Sesuai dengan konsep ' Perpustakaan Dalam Taman'


 Tangga ke bahagian belakang dan ke cafe



 Nice view :)
 




Cafe agak mendukacitakan sebab masa kami datang ni bersepah, kotor dan berbau.Masalah kurang pekerja mungkin tapi macam mana pun kene cepat atasi sebab sedikit sebanyak effectkan imej Perpustakaan RATU..kan?


Pasti kami akan datang lagi sebab haritu tak sempat nak belek-belek buku yang ada. 


Map ke Perpustakaan RATU



Klik Sini untuk info lanjut..Akan share di next entry salah satu kemudahan yang kami guna di sini:)


8 comments:

myza said...

Wah menariknya perpustakaan ni..jenuh nk.cr buku

Ann@zanyra said...

myza : best, selesa kt sini..rsnye buku kt library UTm lg ssh kot nk cari..hehehe

akuzle ayu said...

dtg hari2 pon bole neh kan? babs cafe tuh akak setuju ngan awak. lagi 1 takder tempat teduh/gajah menyusur ke cafe dan tempat parking...

Ann@zanyra said...

akuzle ayu : klu dkt, mmg slalo jugak sy nk dtg sini..xselesai lg yea masalah cafe diorg ni..hurmm..sedih.betul, xde lalu berteduh klu hujan ke 1 hal pulak..

Anonymous said...

mmg cantik..tapi cantik hanya dari luaran..dalaman? tiada siapa yang mengerti kerana tersimpan didalam hati..

bunga kantan said...

Ada bas x masuk sini?

Ann@zanyra said...

Anonymous : :)

Ann@zanyra said...

bunga kantan : tak sure la..xnampak pulak bas ms pergi haritu..tp macam takde je..huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah