CHERITERA KAMI...: Pasar Besar Rantau Panjang

Jun 29, 2012

Pasar Besar Rantau Panjang


Lepas cek-out, pakat-pakat dengan kawan cik B nak konvoi ke majlis kenduri kawan sama belajar diorg di Ukraine dulu kat Pasir Mas.

Ann jek bukan doktor...hihihih..Tahniah Dr. Amir & wife:)

Siap makan-makan yang sedap semua tu, cik B ajak pergi Rantau Panjang pulak sebab masa otw pergi rumah kenduri ni Ann perasan la signboard Rantau Panjang tu dalam berapa km jek. Macam tak jauh la. Then cik B offer, nak pergi ke..dah alang-alang ni. Ann pun On jek. Bila lagi kan sampai ke sini.

Otw tu jugak , Ann ternampak 1 masjid bersenibina China. Ok.Ann tak tahu pun dekat Malaysia ada masjid camni. Tetiba rasa macam ada kat China.Hehehehe. Singgah kejap utk amik gambar je:)

Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (atau sinonim dengan nama Masjid Beijing) merupakan sebuah masjid yang terletak di pekan Rantau Panjang di dalam jajahan Pasir Mas, kelantan. Senibina masjid ini amat unik kerana menggabungkan senibina Cina dan Islam dan menyerupai Masjid Niujie yang berusia lebih daripada 1,000 tahun di Beijing, China.

Perjalanan diteruskan.

Sampai dah dekat sempadan. Kedai banyak tutup sebab hari Jumaat.


Pasar Besar Rantau Panjang, Kelantan


 Macam-macam makanan ada.Teringat pulak masa pergi Padang Besar tahun lepas.








Mm..rasanye Ann beli tudung jek sehelai kot. Harga lebih kurang dengan sini tu pun dah abis tawar.Tak boleh nak beli brg banyak sebab lepas ni percutian masih bersambung lagi:)






No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah