CHERITERA KAMI...: Hatten Hotel..puas hati

Jun 22, 2012

Hatten Hotel..puas hati


Sori xabis lagi cerita pasal hatten ni, walaupun stay 1nite tapi bercerita macam duduk seminggu gayanye.Tak salah kan untuk kongsi sesuatu yang kami suka dan berpuas hati dengannya. Untuk kami buat kenang-kenangan di kemudian hari dan juga untuk sesape yang terbaca entry kami ni mana la tau dapat membantu sesuatu;)

masa entry Selamat datang ke Hatten Hotel Melaka, kami  tak jawab lagi knp kami pilih hotel ni. 

Main reason..sebab diorg tengah buat opening promotion. Room rate serendah RM232 valid sampai end of Aug2012. Kami memang suke try and stay dekat hotel-hotel yang baru plus konsep hotel tu ngan dengan citarasa kami. Dah macam gaya nak beli rumah pulakkan. Bila kita laburkan duit untuk sesuatu, semestinya kita mengharapkan sesuatu yang bagus kan. lagi-lagi bila berkait dengan percutian. Kalau temapt tak bagus, tentu mood cuti pun hilang.Jadinye, kami berani ambil risiko untuk cuba stay kat hotel ni walaupun baru sebulan beroperasi.Memang ada terbaca review di Agoda, trip avisor ada certain guest yang bagi review kureng berpuas hati but xsemua, jadinya belum cuba belum tau kan. ALhamdulillah, kami sangat-sangat puas hati, rasa tak keluar la dari bilik yang best tu

Reason kedua, Hatten hotel ni ada link bridge to Dataran Pahlawan Mall dan Mahkota Parade. Actually hatten hotel ni bersambung dengan hatten square. Nampak tak concept tu,memudahkan guest nak berjalan dan bershopping semestinya.Hehehe. Nak pergi Menara taming sari or river cruise atau pun Kota A'Famosa pun dekat. Tak perlu risau nak mencari parking. Melaka ni walau hari minggu pun tak boleh nak main suka parking, nnti dapat surat cinta pulak.






Ada lagi satu sebab, Ann tertarik dengan

Hatten Hotel, swimming pool area

Tapi sayang sebab belum beroperasi . Masa booking tu memang Ann dah tanya samada semua facilities dah On ke belum. Pihak hotel ada inform yang pool and gym belum beroperasi lagi. Tapi kami proceed booking jugak sebab bukan kami nak berendam pun kat sini. Yeala, promo rate kan, Tak boleh nak harap lebih-lebih. Hatten hotel total ada 22tingkat, tapi haritu sampai tingkat 15 sahaja yang dah siap dan beroperasi. Pool ni tingkat 12, memang dia tutup untuk sepenuhnye.Construction pun still undergoing but tak menjejaskan pun. Staff dekat situ ada bgtau Ann yang harga lepas promo ni will be around RM360++ masa tu all 22tingkat akan open dan semua facilities dah siap la.  Hurmm...memang ada niat nak repeat nnti;)

Ann memang recommendkan hotel ni. Klik Hatten Hotel untuk info lanjut.

End-up kami memang puas hati betul. Staff servis pun bagus. Seronok dan enjoy!

Agak-agak kalau pihak hotel baca, dapat tak complimentary stay ek..lalalalla:)


5 comments:

Neeja Zawawi said...

wah bestnya cik ann kita bercuti. Teringin gak nak bercuti tapi kerja plak tengah menimbun skrg

Ann@zanyra said...

Neeja : bercuti memang best..klu blh hari2 nak bercuti kan.xpe neeja, nnti ble free blh g bercuti:)

helaly said...

Cik ann, nk tny,:-)
Link brigde tu mmg trus k hotel ek,tgkt bp je?
De security k? Kl xde bess lh g shpg bl2 mse jek kn,:-)

Ann@zanyra said...

Helaly...link bridge tu kene masuk hatten square(shopping mall betul2 sblh hotel)kene naik level 1 xsilap..so, kene keluar hotel dl masuk mall utk ke link bridge..ok la cmni baru safety skit:)

Anonymous said...

I got this web site from my friend who shared with me regarding this web page
and at the moment this time I am visiting this web site and reading very informative posts at this
place.

My web site magento themes

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah