CHERITERA KAMI...: Habib Hotel Kota Bharu

Jun 26, 2012

Habib Hotel Kota Bharu


Kali ni nak share tentang kisah cuti-cuti kami ke Pantai Timur pulak. Takde la peram lame sangat pun cerita ni. Still fresh lagi.Hiihihih..Gambar agak banyak, jadinye akan banyak la entry berangkai.Sudi-sudikan la membaca:)

Kami cuti ke Kelantan ni kebetulan saing dengan majlis perkahwinan kawan cik b, so dah alang-alang kite jalan skali la kan. Just 1 nite saje di Kelantan. Lama giler tak sampai sini, last skali masa sekolah rendah.Kami pilih Habib Hotel , Kota Bharu. Dekat dengan bandar senang nak jalan. Nak pergi rumah kenduri pun tak jauh.Hotel ni pun baru-baru launch.Macam biase, ktorg memang suka pergi hotel-hotel baru ni;)


Parking pun senang tepi jalan je.Actually Habib Hotel ni kepunyaan Habib Jewel. So, ada la kedai Habib Jewel sebelah Habib Hotel ni.Hahaha...bape banyak habib daaaaa...


Reception area. Tepi tu lift yang comel. Total ada 3 tingkat kot tak silap.


First time kami buat booking melalui booking.com.Harga 1nite campur tax semua RM133.62.


Condition bilik sangat selesa. Penat-penat drive 7jam kan, memang bagus la nak rehatkan badan.






Harga bilik include breakfast. Pilihan makanan tak banyak tapi ok la. Tengahari tu nak pergi rumah kenduri pulak kan kenela simpan perut.

Memang Ann recommend la hotel ni.Bilik selesa, servis bagus.




Klik habib hotel untuk info lanjut.


2 comments:

Anonymous said...

Salam Puan,

Saya mewakili Habib Hotel ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas review yang puan tulis.

Saya memohon kebenaran puan untuk meletakkan catatan Puan ini di dalam facebook Habib Hotel.

Terima kasih.

Regards,
Abdul Azri
General Manager

Ann@zanyra said...

Wsalam En.Azri,

Perkara yg baik kita patut kongsi2 kan bersama moga ade rezeki utk semua.

Saya benarkan utk encik share entry sy ni di fb Habib Hotel

Terima kasih:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah