CHERITERA KAMI...: 6D Theater

Jun 1, 2012

6D Theater



Sebelum ni paling advance kami pernah tgk Shrek 4D kat USS thn lepas.Ni 6D??camne la rupenye. tapi yang 4D tu tgk cerita Shrek so macam xdela adventure sgt kot sebab plot and scene die comel-comel cuma part kene hembus ngan air tu memang xblh blah.aiseh...rindu pulak kenangan kt USS.agak-agak dpt repeat ke?hahaha...

Ok.Back to 6D theater ni, Perpustakaan RATU merupakan perpustakaan pertama yang memperkenalkan medium hiburan ini ke dalam sebuah perpustakaan. Tujuan utamanya adalah untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja agar kerap mengunjungi perpustakaan dan akhirnya dapat memupuk semangat minat membaca yang mendalam setelah meneroka setiap tingkat perpustakaan yang berkonsepkan ‘Rumah Keduaku’.




Patuhi peraturan dan syarat-syarat yang ditetapkan

Tayangan selama 5minit ni, berharga RM10 seorang:)

Bilik teater ini mempunyai 8 buah kerusi khas dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu tayangan dari 4 jenis tayangan singkat iaitu Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine. Hari yang kami datang tu sepatutnya tayangan Cosmic Coaster, sekali dah masuk dalam baru dia bagtau tukar ke Canyon Coaster.Tibe-tibe rasa nervous pulak. Yeala, kalau cosmic tu kita bayangkan takdela mencabar sangat tapi kalau canyon ni , mesti mencabar giler coaster dia.

Pic : kredit to PPAS


Sorang 1 kerusi.Kena pakai seat belt betul-betul. Dekat tepi setiap kerusi ada pemegang.Hahaha..Ann bukan main kuat pegang tu sampai merah-merah tangan. Yeala, bayangkan naik coaster dekat canyon. Langgar batu sana sini, kerusi dok bergegar kuat jek.Dengan angin tiba-tiba hembus dari celah mana. Boleh kira berapa kali jek Ann bukak mata.hahahhaha..Walaupun 5minit, memang  tak puas tapi interesting experience.




Klik Sini untuk info lanjut

2 comments:

Aju Mohit said...

Wahh 6d? Canggih tu, Aju 3d tu pon lum pernah tgk lagi huhuhu

Ann@zanyra said...

Aju Mohit : Canggih kan xsangka pulak dlm library ade kemudahan camni..cuba la skali..must be a great experience:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah