CHERITERA KAMI...: Hati-hati...selekoh merbahaya

May 23, 2012

Hati-hati...selekoh merbahaya


Kisah benar berdasarkan apa yang kami tengok sendiri terjadi depan mata ni...Pada sesapa yang biasa lalu dari hospital serdang ke lebuh silikon nak ke UPM tu kan...ada 1 selekoh ni..Tak tau la nak kate selekoh tajam pun banyak jek selekoh yang macam ni dekat tempat-tempat lain..tapi selekoh ni seingat Ann, 2 kali kami lalu mesti ada excident...excident yang betul live depan mata...

First time tu, selang 1 ke 2 kereta depan kami..suddenly die berpusing dan terbabas..So, kami pun assume..."ha, tuela kat selekoh bawak laju-laju lagi"padahal xde pulak nampak diorang speed sgt pun...Kali kedua lalu, lebih kurang kes yang sama jugak..So, kami dah mark la selekoh tu selekoh merbahaya.

Dan tadi dekat fb, ade orang share cerita pasal kejadian excident jugak dekat selekoh ni..Disyaki ada sorang mamat towing ni la punya plan, nak cari customer punya pasal di letak minyak kt selekoh tu..so nnti die standby sapa yang terkene die terus dtg la tempat tu...Betul ke tidak, tak tau la kan..

Tapi yang penting..Sila berhati-hati di jalan raya. Malang memang tak berbau, kalau dah DIA tetapkan satu kejadian tu cermat macam mana pun tetap terjadi kan. Yang penting kita dah ambil langkah-langkah yang sepatutnya:)


Gambar ihsan dari fb


2 comments:

Nana said...

kita sendiri pon 2x nampak ada kete terbabas kt sini

Ann@zanyra said...

Nana : oo..yeke..so memang btl la selekoh tu merbahaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah