CHERITERA KAMI...: Berani Punya Budak

Apr 30, 2012

Berani Punya Budak





Kami tengok filem ni pada hari khamis lepas...unplan pun..cuti pastue pergi KLCC..saja jalan, tengok TGV xramai orang..kebetulan filem Berani Punya Budak ni stat kul12pm dan kami sampai pun betul2 kul12pm...On jek la..xyah nk tunggu lelama..

Komen
5/10...rasenye memang AFdlin Shauki buat cerita ni hanya untuk suka-suka mungkin..lagipun filem ni dia adaptasikan daripada filem Brave yang ditayangkan pada 2007 di Thailand. Asalnye adalah filem aksi tapi Afdlin Shauki telah menukarkan genrenye ke filem komedi. But bagi pendapat Ann xsemua unsur komedi yang cuba dibuat tu buat Ann ketawa..Banyak part dubbing menggunakan suara Afdlin sampai kenkadang tu dah konpius dah apasal suara orang ni same dengan yg tadi tu..Hurmm...kurang menyengat la kali ni...Rasanya filem-filem Afdlin yang sebelum-sebelum ni ade yang lagi bagus

Sinopsis :
Berani Punya Budak mengisahkan mengenai Mike B (Pairote) dalam misi menyelamatkan abang iparnya, Tong (Afdlin Shauki) yang telah ditangkap satu kumpulan Mafia.
Dia terpaksa menceroboh sebuah syarikat kad kredit antarabangsa Bank Wealthy dan menawan penolong presiden syarikat itu, Lita (Supaksorn) untuk mendapatkan data maklumat pelanggan. Namun, usahanya sia-sia apabila kumpulan Mafia itu bertindak ingin membunuh Pairote dan Tong setelah mendapat data yang dicuri.


Menurut Afdlin, sekiranya Berani Punya Budak meraih sambutan yang sangat baik daripada penonton, dia sudah mempunyai perancangan untuk menghasilkan sekuel filem tersebut.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah