CHERITERA KAMI...: Jangan Marah

Nov 15, 2011

Jangan Marah


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w lalu berkata : " Berwasiatlah kepadaku Ya Rasulullah. Lalu baginda bersabda : Jangan Engkau Marah." Baginda mengulanginya sebanyak 3 kali.


Marah itu daripada syaitan " Apabila kamu marah jauhilah orang yang kamu marahi. Berubahlah dari tempat yang kamu berdiri ketika marah. Jika kamu marah semasa berdiri, maka duduklah. Jika kamu marah semasa duduk, maka berdirilah.


Rasulullah bersabda lagi yang bermaksud:

"Orang yang paling gagah perkasa diantara kamu semua ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya di waktu marah dan orang yang tersabar di antara kamu semua ialah orang yang suka memaafkan kesalahan orang lain padahal ia berkuasa untuk membalasnya. (Riwayat Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)


Allah berfirman : " Bersegeralah kamu menuju keampunan dari Tuhanmu serta mendapatkan syurga yang luasnya seluruh langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa. Iaitu orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit dan orang-orang yang suka menahan amarahnya dan gemar pula memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah itu mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan. 
( Al-Imran 133-134)



~Semoga kita sama-sama berada dalam petunjuk dan keredhaanNYA~

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah