CHERITERA KAMI...: Culik dan jual pulak..

Jun 10, 2011

Culik dan jual pulak..



KUALA LUMPUR: Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.
Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.(10Jun 2011)


Wangsa Maju dah byk sgt kes jenayah yg teruk2 ni..aritu ngn simbah asid ni culik plak...kawasan LRT tu bknnye tmpt yg lengang pun, sibuk la jugak tapi still diorg ni xde hati perut btl la...kenapala mereka ni...cube la wat keje yg halal..ni sampai nk jual2 orang plak...adehhh~


Extra careful kwn2 n pray kite dijauhkan drp musibah begini...






~Shuke2 Kami~



2 comments:

ajumohit said...

ya allah mintak jauhkanlah dari kejadian mcm ni...eii mcm2 kejadian pelik la skrg ni

GoJeS said...

aju..tuela pslkan...rs xselamat kt tmpt sndr...hurmmm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CHERITERA KAMI Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah